Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Friday, 25 February 2011

A equal to Q and shortform..erkk



Assalamualaikum..

Nota sisipan:heh kalau rasa tak selesa free to leave ey...tak paksa,,^^

Okeyh..cadang nak hapdet esok..tapi macam tak best la pulak kan bila dah idea tu mencurah-curah keladang gandum...baik saya terus je kan....saya ada something nak tunjuk ni...sila lihat dibawah ye...


"sqyq nqmpk dqhi qndq brkrut-krut mmbcq entry ni..silq terskn bqcq jqngn bhenti sqmpqi rse nk mnth,sbb syq pun dh nk nek pening bilq mnqip sbgni rupq..[-_-"]."


haha...adei..tengok gambar tu pun dah tepuk dahi...huhu letih fikir nak letak ayat macam mana sekali belasah je la kan..so apa pendapat sahabat-sahabat kesayangan hamba sekalian...ada rasa nak lempang tak tak pun nak kasi tinju laju-laju ke..kalau saya...ape nak buat eh..tak payah baca langsung..pening-pening..makan panadol pun belum tentu baik..tipu je..so seriusly...

so rasanye mari-mari dekat-dekat kita tonton video ini ye..video ini lebih kurang la dengan topik yang saya nak sampaikan ini..so enjoy wacthing n laughing...



so..peeps...what do you think...hehe..asif jiddin sekiranya ada yang terasa ye tak de niat pun nak jatuhkan sesiapa apatah lagi nak malukan sesiapa..sekadar ingat mengingati untuk sesama kita dan diri sendiri juga....dan saya amat menyetujui beliau(awat skema sangat ayat aku ni)..ayat sebegitu.."sangat tidak comel"..so pada sesiapa yang tak puas hati orang bercanggah pendapat tu maaflah...tapi sila la fikir-fikirkan ye...
_______________________________
Nota Contengan :Bahasa jiwa Bangsa(semangat ni)

saya,An Nisa/Yunz
READ MORE- A equal to Q and shortform..erkk

Thursday, 16 December 2010

Kalau Perempuan......


Assalamualaikum and greetings to all

nota contengan::"read if u want..free to leave kalau rasa tak selesa..TQ"


kalau perempuan.....

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...


kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian

kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh..

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!

kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...


kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....

kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!


kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....

kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang

kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi..


kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....

kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar

kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....

kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....


kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever

kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...

kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????


kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...

kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..


kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....

kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring
___________________________________________________________________________
p/s:Sekadar hiburan semata...yang terkena tu...maaf lah ye....

keep thing simple ey
keep things simple
and respect
that the key
and fun
that's the keychain

me,
Yunz

READ MORE- Kalau Perempuan......

Monday, 6 December 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum and greetings to all

nota contengan::"read if u want..free to leave kalau rasa tak selesa..TQ"

Doa Akhir Tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dan semoga rahmat dan salam terlimpahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabat baginda

Ya Allah,

Larangan apapun dari-Mu yang telah kulakukan pada tahun ini

Sedang aku tidak bertaubat darinya

Dan Engkau tidak meredhainya,tidak melupakannya

Dan Engkau bersikap penyantun kepadaku meski Engkau berkuasa untuk menghukumku

Dan Engkau telah menyeruku untuk bertaubat sesudah aku berani berbuat durhaka kepada-Mu

Maka sesungguhnya sekarang aku memohon ampun kepada Engkau

Ampunilah aku

Dan hal-hal apapun yang Engkau redhai yang telah kulakukan pada tahun ini

Dan Engkau telah janjikan pahalanya kepadaku

Maka aku memohon kepada Engkau,ya Allah

Wahai Yang Maha Mulia

Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaaan

Sudilah Engkau menerimanya

Dan janganlah Engkau putuskan harapanku kepada-Mu

Wahai Yang Maha Mulia

Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam-Nya kepada junjungan kami Nabi Muhammad juga kepada keluarga dan sahabat baginda.

Perkenankanlah doa kami,ya Rahman.



Doa Awal Tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dan semoga rahmat dan salam terlimpahkan kepada junjungan kami dan tuan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabat baginda

Ya Allah,Engkau Yang Maha Kekal,Maha Terdahulu lagi Maha Awal

Dan berkat kemurahan-Mu yang besar serta kurnia-Mu yang menjadi sumber segalanya terjadi

Dan kini tahun baru telah tiba

Pada tahun ini kami memohon kepada-Mu agar terpelihara dari godaan syaitan,para penyokongnya,dan bala tenteranya

Dan kami memohon agar terpelihara dari hawa nafsu kami yang selalu memerintahkan berbuat keburukan

Dan kami memohon semoga Engkau menjadikan diri kami disibukkan dengan hal-hal yang mendekatkan diri kami kepada Engkau dengan sedekat-dekatnya

Wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemuliaan

Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang di antara para penyayang

Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam-Nya kepada junjungan kami Nabi Muhammad juga kepada keluarga dan sahabat baginda.

Perkenankanlah doa kami,ya Rahman.



Sesungguhny Allah menyukai hambaNya yang berdoa,dan sesungguhnya Dia pun kata yang Dia sangat dekat dengan kita

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah:186]

Moga tahun baru ini dilimpahi rahmat dan kasih-sayangNya =)

Bertambah iman dan amal selari dengan usia

Mana yang ada azam baru,ditunaikan

Dan orang mesti akan kata..helleh...nak kena tunggu tahun baru ke baru nak buat azam baru?

Apaper pun,better ada something dari tader langsung =)

May Allah bless


"Semoga kita akan dapat menjadi yang lebih baik dari sebelumnya"

SAYA,
READ MORE- Salam Maal Hijrah

Wednesday, 17 November 2010

Award Santek Dari AyaHikari..

Assalamualaikum n greetings to all..


haha nampak x kat atas tu....ha....nie award untuk blok yg santek atau mungkin pemilik blog yang cantik..ermm sama la tu kan..~WTV

ehh kejap-kejap sebelum tu aq nk ucapkan setinggi-tinggi pokok kelapa pada blog AyaHikari..give me award tuh..hehehe

tapi......Bersyarat la pulak..adeiii..okokok

spread the award to 15 bloggers who you like & you think their blogs are awesome!

*aik 15???boleh tahan..huhuhu

1.Aya Hikari(nah serah pad orang yang bagi taper kan hihihi)
2.khairule
3.e-sha
4.fafa
5.Nor-Adillah
5.semua blogger yang follow blog "Penconteng Picisan Jalanan"(ader brape ey?? -,+,*..adess..11org??bru 13)....
6.erm okok..yang lain...siapa yang singgah wat walking kat blog nieyh
7.sape yang nak amik la..(blasah je)

ok tak??ape-ape pun minx ampun maaf ye..hehehe...cukup la kowt..hehehe

tell 7 hell things about yourself...

aik ader lagi ye..tak pe..atas dasar kesportingan..aku layan je la

1.addict dengan citer Vampire Diaries or segala cerita pasal ponti anak
2.Sleeping beuty...(heheh burok benor)
3.Kuat makan(yang utama tu..tapi nasib dalam proses pengdietan...hahah boley ke?)
4.Freak dengan facebook (freak ker??boley la..)
5.Remember(adess bile taw nak wat marathon....tak pe aq buat aku baca..nk publish tu masih ragu..aq ader readers ker??huhuhu)
6.freak dengan musik..or everythings yg berbunyi..(rase nk menari jep hekhek)
7social reluse(ermm...mybe kot..huhuhu)

*cukup la kowt..dah..macam-macam da tu...hehehe..anyway..

thanks you so much

"enjoy reading and shoutouting"

saya,



READ MORE- Award Santek Dari AyaHikari..

Salam Eidul Adha

Assalamualaikum n greetings to all

Walau pengorbanan yang kita lakukan tidak setanding Siti Hajar dan Siti Sarah...
mahupun Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim,Namun cukuplah seandainya kita berusaha kearah itu...Selamat maju jaya dan semoga segala pengorbanan mendapat redha dan hidayah dari yang Maha Esa...Amin...


saya,
READ MORE- Salam Eidul Adha

Tuesday, 16 November 2010

Rasa bosan berisiko cepat mati??

Assalamualaikum n greetings to all

MENGALAMI perasaan bosan terbukti memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Dalam laporan penyelidik dari Kolej Universiti London, kebosanan boleh menyebabkan anda mati pada umur muda.

Walaupun ia tidak mendatangkan bahaya secara khusus, tetapi rasa bosan itu mampu menjadi simptom kepada perilaku bahaya seperti minum minuman keras, merokok, menagih dadah dan mengalami masalah psikologi. Tinjauan itu dijalankan ke atas lebih daripada 7,000 kakitangan kerajaan yang berumur di antara 35 hingga 55 tahun.


"are worried to death and those who are bored to death...."

Wanita muda didapati lebih mudah berasa bosan manakala mereka yang dilaporkan kebosanan senang mendapat serangan jantung.

“Berdasarkan kajian, kami menyimpulkan mereka yang kebosanan berpotensi mati muda namun ia bukan pencetus utama,” ujar laporan tersebut.


pesanan penaja>>pasni aku takleh nk wat rase bosan walaupun hakikatnye aku bosan teramat..

psst:Ajal Maut Jodoh Pertemuan ditangan Tuhan..:)

sumber:KOSMO ONLINE

saya,

READ MORE- Rasa bosan berisiko cepat mati??

Saturday, 6 November 2010

Hati wanita

assalamualaikum n greeting to all...


"To understand the heart and mind of a person, look not at what he has already achieved, but at what he aspires to."


kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu
denganku jangan bermain kata
denganku takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.


Kenapa saya tertarik?
Hmm...kerana saya juga wanita. ;)

saya,Yunz
READ MORE- Hati wanita

Tuesday, 2 November 2010

Kawan ketawa dan kawan menangis

Assalamualaikum and greeting to all
Di Antara Kawan Ketawa & Menangis..... Macam serius je bunyi entry ni... tapi takde la serius sangat pun...

Ramai antara kita di sini mempunyai kawan.... atau dengan kata lain sahabat... Saya tak tahu dari segi perspektif orang lain.... Tapi dari pandangan saya secara peribadi saya menganggap kawan dan sahabat adalah berbeza... Kawan adalah teman kita... maybe teman sepejabat... atau teman yang takde la rapat sangat... Tapi sahabat.... adalah person yang begitu rapat dengan kita... berkongsi cerita peribadi dan juga tempat meminta pandangan dan tempat meluahkan sesuatu yang tak dapat diluah pada orang yang lain.... Tapi kali ni... saya gunakan istilah kawan je la.... sebab ramai yg guna istilah tu... maka mudahlah sikit...

Kawan @ sahabat ni pelbagai jenis dan kategorinya.... Ada kawan yang "When need"... Maksudnya kawan yang hanya rapat dengan kita bila memerlukan pertolongan kita... Bila tidak perlukan kita..... jangan kata suara... agaknya bayang batang hidung pun susah nak nampak... Kawan macam ni... kawan ketawa bukan... kawan menangis pun bukan.... Jadi kalau ada kawan macam ni yang mencari kita di kala perlukan pertolongan kita... tolong je la dengan niat yang ikhlas... dan biar je la lepas tu dia hilang ke apa ke... Tak payah diungkit segala pertolongan yang pernah dihulur kepada dia.... Yang penting... kita dah laksanakan tugas kita membantu sesama Muslim...

Ada juga kawan yang waktu kita senang dan gembira.... sentiasa berada di sisi kita... Kadang-kadang tu macam belangkas dengan kita... Dengan kata lain kamcing gila la.... Kita ke hulu dia ada.... ke hilir pun dia ada juga... Setia bersama la senang kata.... Kawan macam ni... kadang-kadang bodeknya kuat juga... lagi-lagi la bila kita ni agak berduit dan masa tu lebat pulak poket kita tu... Memang pandai la senang cakap golongan-golongan ni menghidu bau duit dalam poket kita tu.... Kawan macam ni... kena hati-hati sikit.... Majoritinya masa kita senang je bersama dengan kita... di waktu kita berada dalam kesusahan @ kesempitan... bermacam-macam alasan yang diberikan..... Ini la orang kata kawan ketawa sahaja.... Kawan jenis macam ni.... kita kena hati-hati sikit la... (dah 2 kali cakap ni.. heheheheh)

Dan kawan yang lagi satu ni.... dia low profile.... Waktu kita senang... dia bersama dengan kita... tapi tidak la membodek macam golongan di atas.... Sebenarnya... kalau kawan yang jujur dan ikhlas berkawan dengan kita.... dia akan tegur salah dan silap kita... bukan asyik membodek je biarpun apa yang kita buat tu salah.... Ini la jenis kawan sejati... kawan yang sanggup bersama kita susah dan senang.... Kadang-kadang kawan macam ni kita sendiri yang abaikan... Waktu kita senang tak ingat pun kat member tu.... tapi bila time susah... masa nak mencari tempat mengadu tu... mula la teringat kat member ni... Dan member ni akan sentiasa bersama dengan kita... menghulurkan pertolongan pada kita setakat yang dia mampu... dan akan sentiasa menjadi pendengar yang setia....

Dalam hidup kita... kita akan menemui jenis-jenis kawan macam yang dinyatakan di atas... Dan masa tu... bergantung pada kita la apa yang patut kita buat dan kawan mana yang patut kita utamakan... Dan ketika ini... kadang-kadang kita tersalah pilih kawan dan haluan... Ye la... kawan yang membodek ni cakapnya manis betul.... mana tak cair... Tapi kawan sejati kita... akan cakap benda yang betul tentang kita... Ye la... kebenaran tu kadang-kadang pahit untuk diterima... Dan ketika ini la kita perlukan gunakan kebijaksanaan kita untuk menilai siapa yang ikhlas berkawan dengan kita...

Bagi saya pulak.... kawan "When need" pun saya ada... kawan ketawa je pun ada.... dan Alhamdulillah... saya punya kawan menangis.... Saya ada beberapa orang sahabat yang begitu memahami saya dan sanggup berusaha sedaya upaya untuk membantu saya di kala saya susah... Baik dari segala segi pun.... Dan saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana kawan-kawan menangis ini la yang banyak membantu saya dalam mengingati Allah SWT dan sentiasa takut pada Allah SWT... Kadang-kadang saya juga terleka dan terlalai... Alhamdulillah... kami sentiasa ingat mengingati.... Semoga ukhuwah yang terjalin kekal hingga ke akhir hayat.... Dan kepada sahabat-sahabat itu.... terima kasih kerana sudi menjadi sahabat kepada insan yang lemah ini.... Cewah.... sentimental pulak... :)

Jadi.... berhati-hatilah dalam memilih teman... Sesungguhnya teman yang sejati dan baik akhlaknya akan mendorong kita ke arah kebaikan... dan teman yang rosak dan buruk akhlaknya akan mendorong kita ke arah kejahatan... Jangan terlalu ego untuk mengakui betapa sebenarnya teman kita mempengaruhi akhlak dan peribadi kita.. Sebab sering kita dengar ayat-ayat... "Aku berkawan je dengan dia... takde ikut perangai dia tu"... atau ayat-ayat "Aku pandai jaga diri aku... dah ramai kawan aku... takde pun aku terpengaruh dengan perangai diorang tu".... Sebenarnya itu adalah kata-kata seorang yang mempunyai ego yang tinggi... Tak perlu kita nak menangkan ego kita tu... Takde dapat anugerah pun...

Sebab ramai cerdik pandai berkata... "Jika kamu ingin menjadi kaya... berkawan la dengan orang kaya... Jika kamu ingin menjadi pandai... berkawan la dengan orang yang pandai...."

Jadi... hakikat dan lumrah kita di dunia ini... kawan kita memang mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian kita.... Jadi... gunakanlah akal kita untuk menilai kawan yang terbaik untuk kita...

Ok... Sampai di sini sahaja dulu... Salah dan silap mohon dimaafkan... Sesungguhnya saya hanyalah insan kerdil yang lemah dan tidak dapat lari dari melakukan kesilapan....



saya,Yunz
READ MORE- Kawan ketawa dan kawan menangis

Monday, 20 September 2010

menulis=bercerita..

Assalamualaikum n greeting to all




Menulis??kenapa nak menulis??



ok meh jawab satu persatu....menulis tu memang makanan aku.. aku memang suka mengarang...pantun puisi sajak..tak semua tu tipu je aku tak pandai pun..juz apa yang aku tulis tu semua dari hati....kadang-kadang aq selalu berfikir..kadang tak sempat nak tangkap..sebab apa yang aku fikir tu hilang macam tu jea...sayang....sebab tu la aku menulis nie untuk aku mengajar diri aku untuk jadikan catatan sehebat seperti satu perisiwa yang boleh diabadikan dalam bentuk photo....


aku suka memerhati sekeliling..perasaan tu datang..bila tengok orang bergembira...terasa damai...bila tengok orang bersedih...hiba..dan bila terasa panas..maka keyboard nieyh la yang akan jadi tempat melepaskan segalanya.....dan ia seolah jalan cerita...dan cerita itu bermula dengan menulis...so tak hairan lah kalau aku nak katakan yang menulis ni terapi untuk kurangkan stress...kadang kiter tak tahu nak luahkan pada siapa...menulis..then insyaAllah raser yang membebankan itu akan berkurang tak banyak pun sikit tu mesti ada.


walau apapun aku kena menulis sebab otak aku sentiasa berfikir tak kira kat mana pun aku berada..even dalam bas kereta komuter...helikopter??bukan tu tak pernah lagi naik..kadang-kadang sebelum tidur pun aku boleh memikir lagi..berangan kowt...otak masih berjalan...dan bila lelap baru damai siotak ini bekerja...


aq teringt kawan aku pernah kata.."law bab-bab merapu nak wat assignment tu ko pass kat Yunz" so maknanya diorang faham yang aku memang suka mengarang..karang nie


menulis ni kena ada inspirasi..tak kesah la apa-apa pun..inspirasi tu banyak contohnya kiter admire someone..so benda tu kan jadi inspirasi kiter tu mewujudkan satu cerita...kiter admire or suka dengan blog yang lain..so kiter boleh ambil sikit informasi-informasi dari diorang untuk dijadikan cerita....


cerita...cerita...dan cerita....bila idea tu mencurah-curah macam air turun dari bukit...sampai adakalanya taknak berhenti....but benda tu x weird pun...sebab kadang-kadang otak jugak boleh jadi jem..sebab dah tak tahu apa nak ditulis nak luah apa...hati nak menulis tapi tersangkut sebab tak dapat cari point "tentang itu"..then lawatilah blog yang ader dengan walk bloging..~gotcha


Kita tahu kehidupan ini satu cerita....teruskan bercerita...mungkin cerita kau dan aku berbeza..tapi kita tetap ader yang parmenent.."asal usul".....dan perasaan yang sukar digambarkan....yang ingin aku kongsikan mungkin itu alasan kenapa aku menulis....so ketuk-ketuk la keyboard...:)

"write to be understood, speak to be heard, read to grow"

saya, Yunz
READ MORE- menulis=bercerita..