Thursday, 30 May 2013

Terbang Tinggi-Tinggi dan Terhempas.


Baru ade sparkling dekat muka  dah mula lupa mane letak lutut, mana letak buku lali, Dah pandai ambil kesempatan..Dah mula pandai nak kipas sana sini, Dabik dada bertalu-talu tanpa rasa malu.Tayang muka persis Chihuahua yang merangkak dalam designer clothes tengah-tengah sahara sana, Dah pandai ketatkan muka. Dah pandai buat orang bercakap macam cakap dengan orang bercagu. Dah pandai jadi tukang tunjuk, Dah pandai  bersuara selantangnya mengalahkan speaker segedabaknya..Taring. Tanduk Belang semua dah mula keluar. Kentut yang selama ni berbau Channel No 5 dah semerbak bau bangkai berulat. Cakap yang selama ni dengar rasa tenang dah mula jadi jarum. Setiap patah nyilu sampai ke tulang sumsum. Kau bukan spesis pertama yang aku jumpa ..Cuma tak terjangka...manusia senang berubah..manusia senang hilang tingkah....bila terasa bila berada di tempat yang selesa..lupa segala asal..asal mula...asal mereka asal dgn siapa...tiap ekspresi..tiap gerak geri umpama pokok tumbuh melata sehingga jadi racun yang boleh mematikan urat saraf mata hati dah fikiran...yang lainnya

Tak penat ke berkebun sebegitu rupa....

.Hipokrit.
.Two Face

.Tinggi mendongak
.Hati yang dah bernanah

.Dengki
.Batu api


Permainan dunia manusia ni tak lama kejap...tak takut ke kalau dibayar cash...Nauzubillahi min zalik...*urut dada

Hakikatnya aku penat sebenarnya~~
berbicara melalui mata..tanpa mampu membuka kata~~~


keyoff
READ MORE- Terbang Tinggi-Tinggi dan Terhempas.

Harapan pembunuh

hidup~~

Hidup dalam denial,sangat memeritkan
Hidup dalam harapan sangat memalukan
Berharap~berharap~berharap sedangkan kau tahu tak ada
Guna pun berharap, bila harapan kau cuma tinggal harapan
Kau menyesal sebab wasting so much time untuk berharap
Pada sesuatu yang sebenarnya tak perlu kau berharap
Tu kan kerja Dia
Tapi kadang-kadang berharap itu antidote
Buat kite feel alive atleast for few second
Tapi entah...aku benci harapan
Sebab semua harapan aku pembunuh


keyoff
READ MORE- Harapan pembunuh

Monday, 6 May 2013

Anthem~~~

Assalamualaikum...

NOW......
Re-reading Hlovate’s Anthem at his/her (most prolly her) blogdrive because dum dum dum she’s releasing it now! Bahaha I’ve been waiting nak pergi serbu kedai buku..tapi memandangkan now tengah exam.so better waiting la until ada dekat mph or popular . Here, some of my favourite lines in Anthem.


Orang keliling memang pantang tengok apa yang lain dari diorang.Rajin sangat nak menjaga tepi kain orang lain walau tak tau hujung pangkal usul periksa. Salah aku ke kalau aku lain dari orang?
Kalau aku nie senget,orang lain pun bukannya lurus pembaris sangat.Nak mengata orang,sesiapa pun boleh buat.Nak berlagak bagus pun semua orang buat.
There was a time when I felt like I cared
That I was shorter than everyone there

Betul.Tipu la kalau kata tak rasa apa-apa bila orang keliling tengok kita nie semedang je ada yang tak kena.
People made me feel like life was unfair
And I did things that made me ashamed

Semua orang buat silap, Salah aku ke kalau akau buat benda yang aku tak tau? Kenapa pandai mengata tapi tak pandai menolong?Manusia memang macam tu, Kalau sendiri imperfect,pantang tengok orang lain lebih dari dia.Atau manusia kat sini je?
Everybody talks bad about somebody else
And never realises how it affects somebody else
And you bet it won’t be forgotten
Envy is the only thing it could be

Betul la.Memang susah nak tutup mulut orang.
Till next time,

keyoff
READ MORE- Anthem~~~

Monday, 1 April 2013

Hati

Kau punya Hati
Orang lain pun punya hati

Hati kau dan orang lain tak kan pernah sama
Mungkin sama tapi takkan serupa..

Sebagai contoh
kau suka dia
Tapi mungkin dia tak suka kau
nampak kan?
Hati manusia ni tak sama
Berbeza

Aku sebenarnya bosan berbicara soal hati
Perihal hati siapa yang perlu dijaga
Perihal hati siapa yang perlu ditatang
Penat, bosan, muak

Kau minta orang jaga hati kau
Kau minta orang belai hati kau
Kau minta orang jangan lukakan hati kau
Kau minta orang faham hati kau

Tapi persoalannya, adakah kau melakukan
Perihal yang sama terhadap orang itu?

Iye aku tahu
Buat baik, tak boleh mengungkit
Nanti tak dapat pahala
Ayat klise
Aku dah selalu dengar
Tiap-tiap hari

Ini bukan soal mengungkit bro
Ini soal kesabaran aku
Yang semakin senipis bawang ni
Aku cuma manusia biasa
Aku tak sempurna
Masih belum sempurna
Masih mencuba untuk menjadi yang sempurna

Jadi tolong aku,please
Kita jadi fair and square
Kau jaga hati aku..aku jaga hati kau
Selepas tu kita boleh hidup aman dah bahagia
Dunia akhirat tanpa sebarang pergaduhan

Sekian.......

~Somebody say "selfish untuk diri sendiri itu adakalanya juga perlu~"

~mungkin....


READ MORE- Hati

Earth Women





Tak semua perempuan kuat perasaannya macam aku
Tak semua perempuan boleh pasak hati setenguh aku
Tak semua perempuan boleh keraskan hati sekeras kerikil
Tak semua perempuan punya kepala dan hati yang degil
Tak semua perempuan tahan menangis dengan senyuman
Tak semua perempuan patah hati tapi dalam hati ada taman
Tak semua perempuan itu aku..

Dan ia sepatutnya menjadi kamu

keyoff~~


READ MORE- Earth Women

Stronger

Siapa kata nak jadi kuat tu senang?
Siapa kata nak jadi kuat tu mudah?
Beri tahu aku ..
Aku perlukan kekuatan sekarang...

Kekuatan..
Ianya tak terdapat di gerai-gerai tepi jalan
Ianya tidak boleh disedut daripada manusia lain
Ianya tak pula muncul disaat kau memerlukannya

"Aku kuat"
Satu ungkapan yang penuh dengan penipuan
Satu ungkapan yang kononnya dapat menyembunyikan
Segala rasa kesedihan dengan senyuman
Satu ungkapan yang kau tunjukkan pada seluruh dunia
Umat manusia bahawa kau sebenarnya
bukan seorang yang lemah
Bukan Lemah
Tapi Kuat!

Kekuatan tu bukan macam menang loteri
Kekuatan tu bukan macam sistem barter manusia antara manusia
Kekuatan tu bukan barang yang boleh dijual beli

Aku baru sedar
Kekuatan yang aku cari selama ni memang payah
Tak semudah ABC
Tak sesenang kira 123
Tak...
Tidak,,,

Doa..
Ya itu kekuatan yang sebenar
Kerana apa?
Bukan manusia yang berikan kau kekuatan
Tapi yang diatas sana
Yang Maha mendengar segala rintihan engkau
Yang rindukan segala rintihan kau padaNya
Yang selalu kau lupa bila kau senang
Tapi kau menangis meratap bila kau memerlukanNya
Ironinya hidup ini

Sahabat aku juga insan yang lemah
Aku diuji dengan banyak perkara
Sampai satu tahap terasa mahu lari dari semuanya
Tapi bila aku cari hikmah disebalik semuanya..
Aku sedar aku punya Dia
yang sentiasa menjaga
yang sentiasa ada untuk aku...

"Allah pandang kita setiap masa
Tapi bila kita sakit baru kita nak pandang Allah, How ironic"
(specialist,2013)

keyoff~
READ MORE- Stronger

Monday, 25 March 2013

NO CAPTION

Assalamulaikum....

Agaknya lama betul aku tak singgah sini...sibuk kut...sangatlah kan hahaa....mungkin site ni tempat aku memuntahkan semua yang ada hah bunyi macam mengarut je...

"sepanjang abang ada kat sini,abang tak nampak muka anis happy"

ye...aku terkedu bila kenyataan tu ditujukan pada aku....kadang bertanya pada diri....memang muka ni tak boleh nak sorok apa-apa eh? atau mungkin perkara tu dah merebaK satu badan sampai tak boleh nak sembunyi apa-apa dah...

Lama....satu persatu jatuh bilamana orang yang ditunggu hilang...bilamana orang tempat bergantung mengadu lenyap.....dan bilamana hati dah tak tahu nak letak dimana...

Bilamana rasa itu harus diterbalikkan....pedih ya tersangat pedih...

diam *******

Salah siapa kalau aku tak nampak.....
Salah siapa kalau aku terjatuh...

Tak ada tangan untuk aku gapai berpaut.....
Akhirnya aku gagahkan jua hati untuk bangkit sendiri....

dan baru semalam janji macam-macam....
Tapi harini.....

Baru semalam kate nak ubah mindset...
Baru semalam kate tak nak pikir bukan-bukan...

tapi harini.......
Tahan empangan tu macam tahan apetah....
Supaya tak siapa nampak...
Tak siapa perasaan
Dan akhirnya....pecah jugak empangan tu....
Nak tak nak jalan setapak jugak....

Kesian diaorang.....
Rasa bersalah meletakkan sesuatu yang tak sepatutnya...
Tahu hati tak kuat...tapi kena kuat jugak...

*kau nangis lagi??
*tak...aku sakit kepala...
*kau tipu!

memang aku tipu....

"sekarang kau ni kuat tacing"

ya aku sedar...jiwa aku sensitif macam tisu dah...kenapa? soalan tu tak sepatutnya ditujukan...mane tah budak yang slalu keras hati...selalu jiwa kental...tak kesah semua benda...susah nak nangis...yang tinggal budak yang jiwa cengeng...apekebenda tah yang rasuk kepala aku nih pun tak tahu la...

kalau dekat rumah...ade puan emak....untuk tenangkan resah hati...
Tapi kat sini nak pinjam bahu sapa??

Menagis dalaman sebenarnya lagi sakit dari menangis orang nampak........

Kadang aku pelik kenapa rasa macam ni lagi sakit dari putus cinta??mungkinkah side effect yang tak terduga...atau mungkin akal dah tak boleh dicerna....entah

Mungkin kena ubah ape yang patut...mohon kuatkan hati....mohon kuatkan jiwa...bagi aku peluang...dan masa...itu saja...dan...

~~Aku mahu jadi aku. Diri sendiri, tanpa bias orang lain. Aku tak mahu dibayangi, atau sekadar jadi tempat berpaut. Aku mahu hidup. Aku mahu berdikari. Aku mahu bebas...~~

Dah aku tanak sedih-sedih dah...Iron Lady bukan macam ni orangnya!..back to normal la wahai pemilik nama Anisah Saleh!
keyoff





READ MORE- NO CAPTION