Friday, 31 May 2013

Im outta teen ^^

Repost contengan: read if you want free to leave kalau rasa tak selesa..TQ


Assalamualaikum and greetings to all..:)

Alhamdulillah straight to titik : i.thank.you..for everythings....
kalau nak ikutkan bila throwback memang macam funny kan..so much dah jadi moulding me yet again into somebody yang belajar dan membesar...

ingat nak jadi orang besar ni senang ke...kalau membesar kan badan tu memang la senang...tapi ni jadi orang dewasa...tak yang lah nak mention banyak kali kan ''perlu ker"?? ok ok...fine..betul la selagi ape sahaja yang hidup bersama masa, maka selagi itu jugak yang hidup itu dewasa bersama usia.Membesar dan belajar dengan pengetahuan dan pengalaman,dari bangku sekolah ke alam kerjaya...dan rumahtangga..eh..aku belum lagi la takat alam universiti lagi la kan...bila membesar dan belajar tentang hidup dan mengenal diri dari usia remaja menganjak ke usia dewasa..

rindunya zaman dulu-dulu mase kat sekolah...collage dulu..antara fasa yang boleh kate boleh buat sengeh sorang-sorang..segala macam benda dibuat pengalaman, yang pahit yang manis yang kelat payau masin manis semua dah macam nasi ambeng lengkap..tula rindu dengan diorang..rindu budak kelas yang haru biru tu...sekarang masing-masing dah besar..masing-masing dah dewasa..masing-masing dah sibuk dengan urusan sendiri yang tak pernah sudah...same je macam aku jugak.kalau yang dah habis belajar dan dah ada kerja sibuk dengan career yang tak habis belajar lagi macam aku ni berchenta ler dengan buku sampai lebam..tu belum nak cerita yang dah berpasang-pasang,berdua,bertunang,berkeluarga....hailoh..semua orang dah tinggalkan aku bertapak-tapak kat belakang.Barakallah mane yang melangsung walimah tahun ni semoga bahagia til junnah.yang mane bertunang tu..semoga selamat semuanya..aku ni je yang tak sempat nak fikir apa..tak pe lah kan yun,nak habiskn degree ni pun macam hape tah kan...:) sampai masa ada la kan..hahah..okok..stop disitu..pantang duduk sensorang ade je nak masuk mood memory lane..

Dan sekarang semua dah berubah...Banyak perkara belum lagi aku tempuh dan perlu banyak lagi belajar...kawan silih berganti...rakan silih touch n go..perangai manusia yang lagi giga perlu dihadap....Lagi-lagi dalam persatuan sekarang nih... Bila ada keluarga kedua macam ni..kepentingan bersama harus dijaga..Kesusahan  kesedihan kegembiraan Keseronokkan akan dikongsi bersama-sama.."Sama Sendiri Bantu Membantu" itu yang perlu dipegang..walau macam mana sekalipun masalah mendatang be profesional be rasional..bak kate cik kakak...

mereka ni kesayangan saya after my own family! ^^


ok la dah bekajang dah kot hailoh..sory la mumbling tak hengat..sikit-sikit suda kan...right.gtg..assalamualaikum...thanks readers..:)

READ MORE- Im outta teen ^^

Thursday, 30 May 2013

Terbang Tinggi-Tinggi dan Terhempas.


Baru ade sparkling dekat muka  dah mula lupa mane letak lutut, mana letak buku lali, Dah pandai ambil kesempatan..Dah mula pandai nak kipas sana sini, Dabik dada bertalu-talu tanpa rasa malu.Tayang muka persis Chihuahua yang merangkak dalam designer clothes tengah-tengah sahara sana, Dah pandai ketatkan muka. Dah pandai buat orang bercakap macam cakap dengan orang bercagu. Dah pandai jadi tukang tunjuk, Dah pandai  bersuara selantangnya mengalahkan speaker segedabaknya..Taring. Tanduk Belang semua dah mula keluar. Kentut yang selama ni berbau Channel No 5 dah semerbak bau bangkai berulat. Cakap yang selama ni dengar rasa tenang dah mula jadi jarum. Setiap patah nyilu sampai ke tulang sumsum. Kau bukan spesis pertama yang aku jumpa ..Cuma tak terjangka...manusia senang berubah..manusia senang hilang tingkah....bila terasa bila berada di tempat yang selesa..lupa segala asal..asal mula...asal mereka asal dgn siapa...tiap ekspresi..tiap gerak geri umpama pokok tumbuh melata sehingga jadi racun yang boleh mematikan urat saraf mata hati dah fikiran...yang lainnya

Tak penat ke berkebun sebegitu rupa....

.Hipokrit.
.Two Face

.Tinggi mendongak
.Hati yang dah bernanah

.Dengki
.Batu api


Permainan dunia manusia ni tak lama kejap...tak takut ke kalau dibayar cash...Nauzubillahi min zalik...*urut dada

Hakikatnya aku penat sebenarnya~~
berbicara melalui mata..tanpa mampu membuka kata~~~


keyoff
READ MORE- Terbang Tinggi-Tinggi dan Terhempas.

Harapan pembunuh

hidup~~

Hidup dalam denial,sangat memeritkan
Hidup dalam harapan sangat memalukan
Berharap~berharap~berharap sedangkan kau tahu tak ada
Guna pun berharap, bila harapan kau cuma tinggal harapan
Kau menyesal sebab wasting so much time untuk berharap
Pada sesuatu yang sebenarnya tak perlu kau berharap
Tu kan kerja Dia
Tapi kadang-kadang berharap itu antidote
Buat kite feel alive atleast for few second
Tapi entah...aku benci harapan
Sebab semua harapan aku pembunuh


keyoff
READ MORE- Harapan pembunuh

Monday, 6 May 2013

Anthem~~~

Assalamualaikum...

NOW......
Re-reading Hlovate’s Anthem at his/her (most prolly her) blogdrive because dum dum dum she’s releasing it now! Bahaha I’ve been waiting nak pergi serbu kedai buku..tapi memandangkan now tengah exam.so better waiting la until ada dekat mph or popular . Here, some of my favourite lines in Anthem.


Orang keliling memang pantang tengok apa yang lain dari diorang.Rajin sangat nak menjaga tepi kain orang lain walau tak tau hujung pangkal usul periksa. Salah aku ke kalau aku lain dari orang?
Kalau aku nie senget,orang lain pun bukannya lurus pembaris sangat.Nak mengata orang,sesiapa pun boleh buat.Nak berlagak bagus pun semua orang buat.
There was a time when I felt like I cared
That I was shorter than everyone there

Betul.Tipu la kalau kata tak rasa apa-apa bila orang keliling tengok kita nie semedang je ada yang tak kena.
People made me feel like life was unfair
And I did things that made me ashamed

Semua orang buat silap, Salah aku ke kalau akau buat benda yang aku tak tau? Kenapa pandai mengata tapi tak pandai menolong?Manusia memang macam tu, Kalau sendiri imperfect,pantang tengok orang lain lebih dari dia.Atau manusia kat sini je?
Everybody talks bad about somebody else
And never realises how it affects somebody else
And you bet it won’t be forgotten
Envy is the only thing it could be

Betul la.Memang susah nak tutup mulut orang.
Till next time,

keyoff
READ MORE- Anthem~~~

Monday, 1 April 2013

Hati

Kau punya Hati
Orang lain pun punya hati

Hati kau dan orang lain tak kan pernah sama
Mungkin sama tapi takkan serupa..

Sebagai contoh
kau suka dia
Tapi mungkin dia tak suka kau
nampak kan?
Hati manusia ni tak sama
Berbeza

Aku sebenarnya bosan berbicara soal hati
Perihal hati siapa yang perlu dijaga
Perihal hati siapa yang perlu ditatang
Penat, bosan, muak

Kau minta orang jaga hati kau
Kau minta orang belai hati kau
Kau minta orang jangan lukakan hati kau
Kau minta orang faham hati kau

Tapi persoalannya, adakah kau melakukan
Perihal yang sama terhadap orang itu?

Iye aku tahu
Buat baik, tak boleh mengungkit
Nanti tak dapat pahala
Ayat klise
Aku dah selalu dengar
Tiap-tiap hari

Ini bukan soal mengungkit bro
Ini soal kesabaran aku
Yang semakin senipis bawang ni
Aku cuma manusia biasa
Aku tak sempurna
Masih belum sempurna
Masih mencuba untuk menjadi yang sempurna

Jadi tolong aku,please
Kita jadi fair and square
Kau jaga hati aku..aku jaga hati kau
Selepas tu kita boleh hidup aman dah bahagia
Dunia akhirat tanpa sebarang pergaduhan

Sekian.......

~Somebody say "selfish untuk diri sendiri itu adakalanya juga perlu~"

~mungkin....


READ MORE- Hati

Earth Women





Tak semua perempuan kuat perasaannya macam aku
Tak semua perempuan boleh pasak hati setenguh aku
Tak semua perempuan boleh keraskan hati sekeras kerikil
Tak semua perempuan punya kepala dan hati yang degil
Tak semua perempuan tahan menangis dengan senyuman
Tak semua perempuan patah hati tapi dalam hati ada taman
Tak semua perempuan itu aku..

Dan ia sepatutnya menjadi kamu

keyoff~~


READ MORE- Earth Women

Stronger

Siapa kata nak jadi kuat tu senang?
Siapa kata nak jadi kuat tu mudah?
Beri tahu aku ..
Aku perlukan kekuatan sekarang...

Kekuatan..
Ianya tak terdapat di gerai-gerai tepi jalan
Ianya tidak boleh disedut daripada manusia lain
Ianya tak pula muncul disaat kau memerlukannya

"Aku kuat"
Satu ungkapan yang penuh dengan penipuan
Satu ungkapan yang kononnya dapat menyembunyikan
Segala rasa kesedihan dengan senyuman
Satu ungkapan yang kau tunjukkan pada seluruh dunia
Umat manusia bahawa kau sebenarnya
bukan seorang yang lemah
Bukan Lemah
Tapi Kuat!

Kekuatan tu bukan macam menang loteri
Kekuatan tu bukan macam sistem barter manusia antara manusia
Kekuatan tu bukan barang yang boleh dijual beli

Aku baru sedar
Kekuatan yang aku cari selama ni memang payah
Tak semudah ABC
Tak sesenang kira 123
Tak...
Tidak,,,

Doa..
Ya itu kekuatan yang sebenar
Kerana apa?
Bukan manusia yang berikan kau kekuatan
Tapi yang diatas sana
Yang Maha mendengar segala rintihan engkau
Yang rindukan segala rintihan kau padaNya
Yang selalu kau lupa bila kau senang
Tapi kau menangis meratap bila kau memerlukanNya
Ironinya hidup ini

Sahabat aku juga insan yang lemah
Aku diuji dengan banyak perkara
Sampai satu tahap terasa mahu lari dari semuanya
Tapi bila aku cari hikmah disebalik semuanya..
Aku sedar aku punya Dia
yang sentiasa menjaga
yang sentiasa ada untuk aku...

"Allah pandang kita setiap masa
Tapi bila kita sakit baru kita nak pandang Allah, How ironic"
(specialist,2013)

keyoff~
READ MORE- Stronger