nota contengan::"read if u want..free to leave kalau rasa tak selesa.n.TQ"
entry kali ni mungkin agak pelik bagi aku...tapi law korang tu tak la kot..hurmm...persoalan yang tetiba datang ketuk pintu...otak aku.....pasal JODOH...yup..agak-agak u'ols..better Pilihan Sendiri ke Pilihan Keluarga??hurmm...
Kalau Pilihan Sendiri
Mesti la yang korang suka kan. Yang korang kenal hati budinya. Orang tu juga pasti orang yang korang cinta. Tak kisah la yang baru bercinta or dah bertahun cinta. Ada orang bercinta 7 or 8 tahun baru kawin. Ada orang bercinta beberapa bulan je, dah kawin. Tapi masih pilihan sendiri. Orang kata pilihan sendiri ni kekal lama perkahwinannya sebab pilihan sendirikan. Baik buruk orang tu, itu la yang kita pilih. Tiada paksaan dari sesiapa. Tapi ada juga yang bercinta lama, kawin atas suka sama suka, tapi usia perkahwinan baru 3tahun, dah bercerai.Baru kawen sebulan pun boleh bercerai..Ada kan kes macam tu? Pastu kadang kala pilihan sendiri ni tak direstui keluarga.Kalau kahwin tapi tak dapat restu ibu bapa, susah juga kan?Agak takut kalau tersalah pilih pulak kan...?
Kalau Pilihan Keluarga
Mungkin susah nak serasi sebab tak pernah kenal. Tapi orang dulu-dulu ramai je kahwin atas pilihan ibu bapa. Takde pun nak bercinta. Tapi kekal je sampai mati. Zaman sekarang boleh ke lagi macam tu? Kalau pilihan ibubapa, dah tentunya keluarga merestui. Tak perlu dah nak pikir pasal restu. Mungkin pilihan ibu bapa tu baik juga sebab mana ada orang nak anaknya kahwin dengan orang jahat atau buatkan anaknya jadi susah? Takde kan? So dah tentu pilihan keluarga tu baik. Tapi kalau orang yang dipilih tu, depan ibu bapa kita, dia baik je. Pijak semut tak mati la. Tapi bila dah kahwin, duduk dengan isteri je, mula la berperangai sebenar. Jahat, pukul isteri, tak bagi nafkah. Bila disoal, dia kata dia bukan rela pun dengan perkahwinan tu. Tapi mak ayah isteri dia yang nak..Macamana plak kes macam tu?Satu lagi kalau kahwin ikut pilihan keluarga mesti akan bercinta lepas kawin kan...hurmm pulak tu aku ada terbaca satu artikel pasal ni
Bercinta Lepas Kawin
Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.
Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui sabdanya : "Dikahwini wanita itu atas dasar empat perkara : harta,keturunan,rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan".(mafhum hadis)
Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.
Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.
Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.Itulah cinta bersulam redha.InsyaAllah..~
entry ni wujud lepas aku tengok ulangan drama AdaMaya...haha beshkan cerita tu..anyway bagi aku la..bila difikirkan pilihan keluaga ke pilihan hati ke sama je yang penting bersedia nak pikul tanggungjawab dan amanah tu kan..InsyaAllah dan yang paling penting mohonlah pertolongan dan petunjuk dariNya...kerana Dia yang lebih mengetahui..aite..:)
___________________________________________________________________________
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”-Surah Al-Baqarah Ayat 216
-ringkasnye,ALLAH MAHA MENGETAHUI ape yg TERbaik untuk setiap hambanya.
jd walau sesiapa pun jodh kte(samaada pilhn sndiri@keluarga),itu telah dtntukan ALLAH... kompom ade hikmahnye.:)
-ringkasnye,ALLAH MAHA MENGETAHUI ape yg TERbaik untuk setiap hambanya.
jd walau sesiapa pun jodh kte(samaada pilhn sndiri@keluarga),itu telah dtntukan ALLAH... kompom ade hikmahnye.:)
May Allah Bless,
Saya,Yunz
Saya,Yunz
nak yang memahami jiwa. beragama.. berharta..! hahahaha boleh tk? wakakak.. yang harta tu x mau lah.. gurau jerk.. cukup mampu beri mkn,pakai n tempat tinggal kira ok dah.. huhu
ReplyDeleteahakz..aper kata masukkan dalam forum debat kat fazminn..besh tgok pandangan dorg plak
ReplyDeletebagi nizam dua-dua boleh. cuma masing-masing ada pro contranyer kan...
ReplyDelete