Saturday, 15 January 2011

Sifat melalui bulan kelahiran

Salam all...ha..nak tanye korang tau maksud bulan korang..i mean personality korang ikut korang punya bulan..aku pegi la skodeng application kat pesbuk...so aku upadate dekat sini ye...

jom kiter skodeng bulan-bulan personaliti mengikut kajian Dato'Dr Fadzilah Kamsah..nak kater 100% kena tu..entah la..kalau rasa-kena tu kena la kan...ok yang pasti yang baik dijadikan panduan..yang kurang baik harap dapat diperbaiki keyh...::


Korang lahir bulan Januari? ni lah sifat korang…

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • suka mendidik dan dididik
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam
  • Pandai mengambil hati orang lain
  • Pendiam kecuali telah dirangsang
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya
  • Cukup sayang pada kanak-kanak
  • Suka duduk di rumah
  • Setia pada segala-galanya
  • Perlu belajar kemahiran bersosial
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

Sape yang lahir untuk bulan Febuari ni plak sifat korang…

  • Berfikiran abstrak
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah
  • Mudah menawan orang lain
  • Agak pendiam
  • Pemalu dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Keras hati untuk mencapai matlamat
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan yang lasak
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • Mudah mempamerkan marahnya
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
  • Sangat berani dan suka memberontak
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka hiburan dan sukan
  • Suka benda yang bersifat seni
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

Sifat untuk orang yang lahir bulan Mac plak….

  • Berpesonaliti menarik dan menawan
  • Mudah didampingi
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat peka pada orang lain
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah
  • Tahu membalas dan mengenang budi
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Suka melancong
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan
  • Suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

Lahir bulan April ni lah sifatnya…

  • Sangat aktif dan dinamik
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri
  • Punya daya mental yang sangat kuat
  • Suka diberi perhatian
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk)
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  • Emosi cepat terusik
  • Cuba kawal perasaan
  • Kecenderungan bersifat pendendam
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan
  • Kuat daya ingatan
  • Gerak hati yang sangat kuat
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Sape lahir bulan Mei? Angkat tangan.. hehehe.. korang adalah seorang yang….

  • Keras hati & degil
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Mudah marah apabila tidak dikawal
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Cantik dari segi mental & fizikal
  • Tidak perlu dimotivasikan
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • Mudah dipujuk
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Suka berangan
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
  • Daya khayalan yang tinggi
  • Permikiran yang tajam
  • Pandai berdebat
  • Fizikal yang baik
  • Kelemahan sistem pernafasan
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong
  • Tidak berapa suka duduk di rumah
  • Tidak boleh duduk diam
  • Tidak punya ramai anak
  • Rajin dan bersemangat tinggi
  • Agak boros.

Lahir bulan Jun gini lah keputusannya..

  • Berfikiran jauh & berwawasan
  • Mudah ditawan kerana sikap baik
  • Berperangai lemah lembut
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
  • Idea yang terlalu banyak di kepala
  • Bersikap sensitif
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • Bersikap suka menangguh-nangguh
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
  • Cepat marah & cepat sejuk
  • Suka bercakap & berdebat
  • Suka buat lawak & bergurau
  • Otaknya cerdas berangan-angan
  • Mudah berkawan & pandai berkawan
  • orang yang sangat tertib
  • Pandai mempamerkan sikap
  • Mudah kecil hati
  • Mudah kena selsema
  • Suka berkemas
  • Cepat rasa bosan
  • Sikap terlalu memilih & cerewet
  • Kurang mempamerkan perasaan
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati
  • Suka pada barang yang berjenama
  • Mudah menjadi eksekutif
  • Kedegilan yang tidak terkawal
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh
  • Siapa yang menegur dianggap kawan

Lahir bulan Julai… ini bulan sayer...….

  • Sangat suka didamping
    erk..korang rase???
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
    Hurm mungkin kot
  • Agak pendiam kecuali dirangsang
    Diam tu lebih baik kot
  • Ada harga dan maruah diri
    Senyum je la...:)
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
    Rase tak selesa susahkan orang..rase cam membebankan..huhuhu..
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus
    erm mungkin kot..:P
  • Sangat menjaga hati orang lain
    Kan bagus tu....
  • Sangat peramah
    hahahha..pendiam vs peramah??pening suda
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
    erk..ye la kot
  • Tidak suka benda remeh-temeh
    yaya..buat serabut je
  • Membimbing cara fizikal dan mental
    Camne tu ey....huhuhuuhu
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang
    Betul kot..setiap perkara kite kena peka...ambil berat..kankan..
  • Berjiwa sentimental
    ye kot..hakhakhak...bab pengaratan..layan aje
  • Jarang berdendam
    Dendam tu penyakit jiwa
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
    sesangat setuju..memang itu sifat saya..:)
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang
    Kan lebih baik....tak ada berat sebelah taw..:)
  • Tinggi daya simpati
    Tak boley tengok orang susah...kalau orang menangis lagi la...laju je leleh..hahaha..:P
  • Pemerhatian yang tajam
    Yup...disahkan orang seorang sahabat..hahaha..
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian
    Dont judge the book by its cover..ingatkan diri ni..:)
  • Mudah dan rajin belajar
    yeke??kene ikot angin kot..hahaha
  • Suka muhasabah diri
    InsyaAllah..ingat mengingati itukan perlu..:)
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
    Ye kot..kenangan tu..:0
  • Suka mendiamkan diri
    Hahaha..betul la tu.....
  • Suka duduk di rumah
    Yeye....tepat...nak cari tak jumpa datang rumah kompom ada
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
    Ye ke?...menunggu??erk...tak bosan ke??
  • Tidak agresif kecuali terpaksa
    Perlu la..takkan nak diam diri kot...bala
  • Lemah dari segi kesihatan perut
    Erk...yeke...hukhukhuk
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet
    Hehhehe..nasib maintain lagi ahaks
  • Minta disayangi
    Ye kot...Sape yang tak nak orang sayang kan..:)
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
    Tak mudah nak memadam cerita lagi-lagi libatkan hati dan perasaan kan...
  • Terlalu mengambil berat
    Yela tu kot...ahaks..:P
  • Rajin dalam membuat kerja
    Anak sape ni?? ish..ish...ish..;P

Sape lahir bulan Merdeka (Ogos), korang ni mesti…

  • Suka berlawak
  • Mudah tertawan padanya
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
  • Berani dan tidak tahu takut
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
  • Pandai memujuk orang lain
  • Terlalu pemurah & bersikap ego
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi
  • Dahagakan pujian
  • Semangat juang yang luar biasa
  • Cepat marah & mudah mengamuk
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan
  • Sangat cemburu
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti
  • Cepat berfikir
  • Fikiran yang berdikari
  • Suka memimpin & dipimpin
  • Sifat suka berangan
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
  • Belajar untuk bertenang
  • Sikap kelam kabut
  • Romantik, pengasih dan penyayang
  • Suka mencari kawan

Lahir bulan September, sifat korang ialah..

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur
  • Sangat cermat, teliti & teratur
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
  • Pendiam tapi pandai bercakap
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui
  • orang yang banyak berfikir
  • Daya pentaakulan yang baik
  • Otak bijak & mudah belajar
  • Suka mencari maklumat
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia
  • Suka sukan, hiburan & melancong
  • Kurang menunjukkan perasaannya
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan
  • Terlalu memilih pasangan
  • Sukakan benda yang luas
  • Bersistematik

Sifat orang yang Lahir pada bulan Oktober ialah:

  • Suka berbual
  • Suka orang yang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • Sangat menawan & sopan santun
  • Kecantikan luar & dalam
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan
  • Sentiasa berkawan
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
  • Cepat marah
  • Macam pentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang kecuali diminta
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri
  • Tidak suka terima pandangan orang lain
  • Emosi yang mudah terusik
  • Suka berangan & pandai bercakap
  • Emosi yang kelam kabut
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
  • Suka melancong, bidang sastera & seni
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut
  • Romantik dalam percintaan
  • Mudah terusik hati & cemburu
  • Ambil berat tentang orang lain
  • Suka kegiatan luar
  • orang yang adil
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
  • Mudah patah semangat

Yang lahir bulan November pula…

  • Banyak idea dalam perkara
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • Berfikiran kehadapan
  • Berfikiran unik dan bijak
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
  • Pemikiran yang tajam
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
  • Sesuai jadi seorang doktor
  • Cermat dan teliti
  • Personaliti yang dinamik
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
  • Terlalu degil dan keras hati
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya
  • Tak suka marah kecuali digugat
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain
  • Pandai muhasabah diri
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain
  • Otak yang sangat tajam
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Tidak hargai pujian
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu
  • Cuba sampai berjaya
  • Badan yang sasa
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
  • Bercita-cita tinggi
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Yang lahir bulan December …akhir tahun nieyh

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik..
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan..
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa..
  • Bercita-cita tinggi…
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi…
  • Seronok bila didampingi..
  • Suka bercampur dengan orang..
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai..
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur..
  • Tidak pandai berpura-pura..
  • Cepat marah…
  • Perangai yang mudah berubah-ubah..
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi…
  • Benci pada kongkongan…
  • Suka berlawak..
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik…
So pilihlah mana yang kene dengan korang tu okey........
____________________________________________________________________
nota contengan::mana yang yang tak kena dengan sifat korang jangan marah aku ye..bukan aku yang mengkaji..hehehe...enjoy reading and shouting...:)

saya, yunz


1 comment: