Monday, 14 February 2011

Shisha boleh bawak MAUT

Assalamualaikum..all...

wah gempak tajuk tu kan..oleh kerana peristiwa semalam aku rasa kurang senang sikit dengan depa ni..maklum la aku ni alergik dengan benda alah yang bersangkut dengan asap-asap ni...start je diorang ni oder benda ni..aku tros chau dengan adik aku...so balik tu aku tros flirt dengan hencik google pasal benda ni...so dapat je..dengan otomatik...mata aku macam burung unta..eh tak tipu je..hehe ni aku nak kongsi fakta pasal hincik Shisha..kepada peminat-peminat shisha kat luar tu...harap dapat panduan dan manfaat dari artikel ni okeyh..

SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita. Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. "Kajian daripada Department of Health and the centre for Tobacco Control,mendapati bahawa shisha lebih berbahaya berbanding rokok.Pada tingkat yang sangat parah,shisha 400 hingga 450 kali lebih bahaya daripada rokok biasa!!"

Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan.
"sumber:gambar dari Hincik Google"
Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam. Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. G
ejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri. Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.


"Katakan tidak pada rokok dan sewaktu dengannya"

so..tepuk dada tanya hati ok....~sharing is caring~

SUMBER:bharian

_____________________________________________________
Nota Contengan::Lemas+tak suke dengan asap rokok...huhuhu..T_T

saya,YUNZ


2 comments:

  1. sebelom ni i x taw pon shisha tu hape...haha..skema x ? but then aftr i enrolled in this university, i learned what is shisha..but for sure, i dun practice it ok . huhu

    ReplyDelete
  2. hahaha...jgn practice ok..for me amatlah buruk...huhuhuhu

    ReplyDelete