Friday 29 April 2011

Selamat Ulang Tahun Fazminn.net


Assalamualaikum..Salam Jumaat....



.:to Fazminn.net.. ;):.

another branch on year gone from the tree of life,another year closer to the earth and Him The Almighty.Sekali lagi kita mengaplikasikan teori maths,moga amal berkadarlangsung dengan usia =).be it a year wiser,richer with experience and good deeds.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
selamatkan hari mereka dan urusan mereka ya Salaam[memberi keselamatan],dijauhkan dari musibah dan kesusahan,ya Muhaimin[pelindung]
lepaskan belenggunya ya Baari-u[melepaskan]
ampunkan dosa2 mereka yang lalu dan akan datang ya Ghaffar[pengampun]
murahkan rezeki mereka dengan barakah ya Razzaaq[pemberi rezeki],ya Fattaah[pembuka pintu rahmat].limpahkan rahmah dan kasih sayangMu ke atasnya,ya Wahhab[pemberi kurnia]
tinggikan darjat mereka dengan iman ya Mudzillu[memuliakan]
tetapkan hatinya di jalanMu ya Hafiidhu[memelihara]
tambah indahkan peribadi dan akhlak mereka ya Lathiiru[penyantun],ya Haliimu[penyabar]
permudahkan segala urusan mereka ya Allah
~amin~

selamat ulang tahun,untuk Fazminn.net semoga terus maju selangkah demi selangkah..InsyaAllah

May the new day be another fresh start

May the new day bring all hopes and dreams to be accomplished

May the new day be another cherished memories for tomorrow

_____________________________________________
Nota Contengan:Alhamdulillah genap setahun sudah...(:

May Allah Bless,
Saya An Nisa

READ MORE- Selamat Ulang Tahun Fazminn.net

Thursday 28 April 2011

Alahai Facebook...sadis..

Assalamualaikum...

Semalam..aku ade bw..pastu terjumpa ini fasal la kan..macam best jea..bukan nak mengutuk ke..bukan nak tuju pada sesiapa..tapi kalau terasa terkene tu harap dimaafkan la ye...hanya nak berkongsi je..sebab entah la..tengok dunia facebook sekarang ni....alahai la...entah kenapa la mata ni darurat sangat..tercemar dek pandangan yang sebegitu....ni kan aku sebagai seorang wanita naik malu..apetah lagi kaum adam kat luar sana tu...yang pelik budak-budak bawah umur pun ada yang macam tu..tak faham betul....kalau elok setakat 2 or 3 keping tak tak pe la jugak kot nak tunjuk sapa kite kot-kot ada member yang tak kenal ke tak berapa ingat ke ...ni tak dah macam ape tah..bukan aku jeles dengan mereka-mereka ni...tak de niat pun terlintas macam tu...sebab aku pun faham..ciptaan Allah ni semua sempurna elok rupanya...tapi terpulang pada kita nak memelihara macam mana..tapi yang aku perhati sekarang ni.....alahaiiiii...Facebook-facebook.....tak pasal je facebook naik nama...


Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop.


Password : ******


~~~~~~~~


Welcome


Cursor di arah ke YouCam.


“nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”


Klik..klik..klik…


Save in…’aku cute’ folder.


Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect…


“Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”


www.facebook.com


email password


aku_cute@yehaa.combact ******


upload photo


create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~


location : -


“da settle da upload..yes!”


Muhd Khairy likes your photo


Boboy commented on your photo


Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo.


“Giler banyak..hehe baru je letak kot”


Boboy : awak ni cute sgt la..mcm amoy!


Khairi : cun abis~


Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~


Elly : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…


1 message received


Opening……


Unknown :


“wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU yang awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”


Logout


wallahu'alam~

____________________________________________

Nota Picisan : bak kata pedagang Asing: FB BUKAN TEMPAT untuk MEMPROMOSI DIRI..(:

Sesungguhnya peringatan untuk diri sendiri juga..sama-sama la kita fikirkan..(:


[END_1011_280411]

An Nisa

READ MORE- Alahai Facebook...sadis..

Sunday 24 April 2011

Hate~Love..


10 reasons why i hate LOVE...

1.i believe that LOVE always come with endless pain
2.i hate looking at the hand-phone waiting for text or incomin
g call
3.i'll turn into most annoying person in the world you ever know;i'll probably continuously ask,what are you doing,where are you now..and etc3...then you'll hate me
4.i become psychotic moron when i love someone
5.i'm afraid of hurting others,and to be hurt again
6.i hate counting days to see someone

7.i don't have the confident to love others,and to be loved by others
8.i hate hopes and expectations...
9.i hate dreams....
10.i hate LOVE


__________________
nota Picisan:Aku rela melepaskan cintanya tapi aku tidak akan melepaskan CINTA aku pada Allah dan Rasulnya..~_~

[END_0245_24042011]
An Nisa
READ MORE- Hate~Love..

Saturday 23 April 2011

22042011 Injured tapi puas hati..berbaloi beb

Assalamualaikum..

hi there, 22042011..kenapa dengan tarikh tu...ada 3 perkara yang sangat menggembirakan...even rasa letih tu tahap petala luar biasa sampai rasa nak demam kot..

I
pagi-pagi lagi dah bertolak dari seremban ke Petaling jaya sebab nak ambik sijil Dip kat kolej... dalam pukul 9.30 sampai dekat midvalley...tunggu berejam bas rapid yang tak berapa nak rapid tu...bebulu mata tengok bas u79 dua tiga empat biji lalu..tak apa disebabkan saya ni penyabar orangnya..so tunggu punya tunggu lastly ada jugak la bas yang saya tunggu bagai nk rak tu...

10.00 lebih bru sampai kolej...tunggu-punya tunggu kat reception tu..lasltly dapat jugak settle kan sijil tu...huh lega....


"dalam file tu ader sijil saya hihihi"
II

Settle semua tu... pegi la tunggu teksi nak ke midvalley...Alhamdulillah even panas terik tu Ya Allah tak payah nak kata..mujur dapat teksi yang tak mengarut macam haritu..kena kelentong sampai berbelas ringgit.padahal Mbpj ke midvalley baru lapan hinggit...tapi kali ni syukur dapat teksi yang bagus punye olang...amik ticket ke Hentian putra...kat sana i've meet my BFF.. Ila...so disebablan perut dah gig underground kiteorang choose to makan dulu kat kepsi...aku punya snack plate licin..nampak sangat lapar..haha...after that..yang ditunggu-tunggu.....

ni la cik Ila..cunkan..
III

kiteorang gerak memasuki..Putra World Trade Centre(PWTC) saja nak memanjangkan ayat..macam korang semua tahu..KLIBF akan berlansung start 22 April till 1 Mei..alang-alang datang Pj saya pun trus je la ke KL ni..so jalan punya jalan...halatuju saya satu je...Jemari Seni (JS)..kerana satu je...Contengan Jalanan...then akhirnya penat pusing-pusing...jumpa jugak akhirnya...banyak betul bahan bacaan kat sini..giler tengok orang shopping buku...mau RM rat-rat belaka...



here,Contengan Jalanan&Biarlah YM yang Berbicara n yang satu lagi tu free gift dari Hlovate..^^

so lepas dapat CJ ni...kiteorang jejalan lagi...nak habiskan masa sementara nak tunggu my bus pukul 5..so memang lepak berjam-jam dalam tu apetah lagi tak jumpa satu booth ni...booth Kaki Novel...lepas pusing-pusing kat situ...than jumpa la crew yang bertugas tu..disebabkan kiteorang ni nampak sangat terpinga-pinga so dia tanya la nak kemana rupanya booth tu tak jauh pun kiteorang je yang tak perasan...lastly saya berjaya juga merembat Biarlah YM berbicara sebab haritu ade terbaca dekat blog tuan punya buku ni...so sebab nak sangat tahu bab seterusnya saya pun apa lagi kasi rembat la...

finally bila dan berpuas hati.rasa berbaloi-baloi...saya dapat rembat 2 buku and Ila too...kiteorang pun gerak la nak balik memandangkan jam da pukul 4.30...lepas say bye-bye Ila pun gerak balik and saya pun melangkah naik atas bas..fuh penat tu tuhan je yang tahu..tapi dalam hati la la la....next year tak tau la dapat pegi lagi ke tidak...law ada rezeki and HLOVATE kuarkan buku baru InsyaAllah im coming!!!!....

_________________________________________

Nota picisan:Kaki still rasa sakit krem sebab lama tak berjalan jauh huhu

[END_0342_23042011]

An Nisa

READ MORE- 22042011 Injured tapi puas hati..berbaloi beb

Wednesday 20 April 2011

Cinta itu pelik



Assalamualaikum..here my heart says..



you don't want to think about it..
but that's the only thing in your mind.
you said you don't want to see them..
but every second,the longing is killing you..
you said you hate them..
but your heart scream out loud you love that person.
you said you'll be okay if they walk away..
but you can't even imagine that moment.
you said 'i'm happy as long as you're happy..
'even if you're gone,ill eat,live and laugh happily like always..
but why the tears keep crawling on my cheeks..
those words all lies,you know it..
but even if i know it,do i have any other choice?..

the warmth from the love breeze..
make my heart frozen to death..
that words..
'i'll never fall in love again..
'i'll never get hurt by love again..
'i'll never believe in love again..
even after millions time i've repeated them..
this foolish heart wont understand..
they get hurt again..
they cry again..

there's so many things to talk..
but they all locked up in my heart..
if i said that,will he feels sad..
if i said that,will he feels guilty..
if i said that,will he feels happy..
is he busy?..
is he talking to his friends right now?
am i interrupting him?
i keep thinking about it,again and again.
after all,those unspeakable words
left here,in my heart


if i stay,will he love me,will he hate me?
if i walk away,will he hate me,will he love me?


love is weird


they call it love,
but what left is pain..
and i'm here thinking
'am i in love,or am i in pain?'..

thats what i'm thinking...thats what i feels before..for who i love before...even we're in different situation..or different feels now..even all of this our ol'story....but its still running in my mind...
and now...he deserve to someone better...


am i in pain??am i happy for them??




[End_20042011]
An Nisa
READ MORE- Cinta itu pelik

Tuesday 12 April 2011

Cik Conteng esok pekse...study or stado??

Assalamualaikum...


hi there...adehh ini entry kinda rush punya...dah lame tak hapdet so ada ruang ni kasi cilok la sekejap even busy petala untuk bulan ni... hari ni abiskan masa dengan stadi apa yang patut......sume tau...abah,ma,akak..mak cik kedai toukeh ikan..haha yang tu tipu je...tommmmmoroowww my Muet test...adei rasa tak cukup tanah mau berlari...searching sana sini cari apa yang patut..hope enough la kot..prepare...untuk esok....hope everything will be ok.....jangan tergeliat suda..... ok...entry terpendek untuk hari ini... malam ni kene stadi lagi untuk last touch up..haish..jangan stado suda...so..wish luck untuk diri sendiri and mana candidates yang same tarikh tu gud luck too...(:

Muka untuk esok sebelum test...ayarkk...@_@
___________________________________
Nota picisan::cuak,nebes semua ada...

[END_0650_12042011]

YUNZ,
READ MORE- Cik Conteng esok pekse...study or stado??

Friday 8 April 2011

Islam,Awalnya asing..dan Akan Kembalinya dalam Keadaan Asing


Assalamualaikum...

Sesungguhnya umat islam telah terdampar di persimpangan jalan, mereka hidup dalam kesengsaraan yang tidak pernah disaksikan oleh sejarah islam, telah berlalu banyak krisis dan bencana yang silih berganti. Hal ini kerana umat islam sekarang berada pada keadaan yang lemah dan jauh dari syariat Allah Ta’ala yang kukuh. Akibatnya kita dapatkan kaum muslimin sekarang kehilangan sebahagian negeri atau harta mereka. Mereka hidup dalam keadaan bimbang, keguncangan, ketakutan dan rasa was-was.

Islam datang pada masa jahiliyah dalam keadaan asing, dan telah datang masanya di mana islam saat ini dirasakan asing oleh pemeluknya. Sungguh benar sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang artinya,

“Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).

Makna Asing

Definisi asing dalam hadits di atas bukanlah mutlak diberikan bagi seorang yang tampil beda di tengah masyarakatnya. Akan tetapi, asing di sini bermakna seorang muslim yang melaksanakan syariat Islam dengan benar ketika masyarakat melupakannya. Ketika ia melaksanakannya, masyarakat di sekitarnya mengingkarinya bahkan menentangnya. Makna asing di sini dijelaskan dalam hadits lain bahwasanya mereka adalah, “orang-orang yang berbuat kebajikan ketika manusia rusak”, dan dalam riwayat lain mereka adalah, “orang-orang shalih di antara banyaknya orang-orang yang buruk, orang yang menyelisihi mereka lebih banyak dari yang mentaati mereka”.

Makna Thuuba

Thuuba dalam hadits di atas ditafsirkan secara berbeda, sebagian ulama menafsirkannya dengan nama pohon di surga, sebagian mengatakan ia adalah kebaikan yang banyak, sebagian mengatakan ia adalah surga. Akan tetapi, semua makna tersebut adalah benar. Seorang muslim yang teguh di atas agamanya, berpegang pada tuntunan Nabinya yang suci di saat manusia sudah melupakan tuntunan tersebut, walaupun dia dicela, dihina, diasingkan karena melaksanakan agama Allah maka Dia akan menyiapkan baginya kebaikan yang sangat banyak.

Ahlussunnah adalah Kelompok Terasing

Ahlus Sunnah adalah orang-orang yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam seluruh perkara, baik dalam ibadah, perilaku, dan dalam segala bidang kehidupannya. Oleh karena itu, biasanya mereka menjadi orang-orang yang dipandang asing di tengah masyarakatnya dikarenakan mereka menghidupkan sunnah yang sebelumnya belum dikenal atau mereka menyelisihi adat istiadat setempat yang berseberangan dengan syari’at. Maka Ahlus Sunnah adalah kelompok terasing.

Para ulama biasa mensifati Ahlus Sunnah dengan keterasingan dan jumlah

yang sedikit. Al-Hasan Al-Bashrirahimahullah berkata kepada sahabat-sahabat beliau, “Wahai Ahlus Sunnah, lemah lembutlah kalian semoga AllahTa’ala merahmati kalian, karena kalian termasuk orang-orang yang paling sedikit”. Yunus bin Ubaid rahimahullah berkata, ”Tidak ada satupun yang lebih asing dari As-Sunnah dan orang yang mengenalnya”. Sufyan At-Tsauriyrahimahullah berkata, ”Berbuat baiklah kepada Ahlus Sunnah karena mereka adalah orang-orang asing”.

Sunnah yang dimaksudkan di atas bukanlah sebagaimana pengerti

an menurut ulama fiqh, yaitu sesuatu yang apabila dikerjakan mendapatkan pahala dan apabila ditinggalkan tidak mendapat dosa. Namun yang dimaksud para ulama di atas dengan sunnah adalah jalan hidup Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam beragama. Itulah jalan yang Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya berada di atasnya yaitu jalan yang terbebas dari segala bentuk syubhat (virus pemikiran) dan syahwat (virus menginginkan hal-hal yang Allah larang). Jadi tepatlah pengertian Ahlus Sunnah yang dikatakan Al-Fudhail bin Iyaadh yaitu mereka adalah orang yang mengerti tentang barang-barang halal apa saja yang masuk ke perutnya. Karena memakan barang-barang yang halal merupakan perkara sunnah paling penting yang dipegangi oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya.

Keterasingan Islam Saat Ini

Saudaraku, saat ini telah terlihat bagaimana kebenaran sabda Nabi shalllahu ’alaihi wa sallam di atas. Kaum muslimin saat ini yang sudah jauh dari agamanya membolehkan berbagai perkara yang sudah jelas-jelas dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya dan melarang perkara yang Allah dan Rasul-Nya perbolehkan. Lihatlah contohnya perkara zina yang jelas-jelas dilakukan di depan umum dan disebarluaskan. Masyarakat malah membiarkan perbuatan ini, bahkan menyanjungnya pelakunya karena dia telah mengakui kesalahannya. Sedangkan orang yang melakukan perbuatan yang jelas-jelas halalnya dalam syari’at ini yaitu poligami malah dihujat, dicela bahkan dituduh sebagai orang yang memperturutkan hawa nafsunya, wal’iyudzu billah. Inilah keterasingan Islam saat ini.

Wahai Dzat yang membolak-bolakkan hati, tetapkan hati kami diatas agama-Mu, wahai dzat yang memalingkan hati, palingkan hati kami pada ketaatan kepada-Mu.

Kredit to : Satria buana

___________________________________________
Nota Picisan: " SEBARKANLAH AJARANKU WALAU SATU AYAT PUN" (Sabda Rasulullah S.A.W) "Nescaya ALLAH S.W.T memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati ALLAH S.W.T dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar"...insyaALLAH~

saya,An Nisa

READ MORE- Islam,Awalnya asing..dan Akan Kembalinya dalam Keadaan Asing

Thursday 7 April 2011

Rapuh


Assalamualaikum...sungguh lagu-lagu opick ni best...berulang kali dengar.... saya rasa sayu...berkali dengar...rasa nak menagis...

Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


______________________________________________
Nota Contengan::life breaks me all..but in the end im stronger in my broken places
reality hurt,truth bites
living's killing,todays torture and yesterday are just as bad but i do,
believe in God's love im living n because of His love..mogakan kutemui jalanMU..


May Allah Bless
Yunz
READ MORE- Rapuh

Tak Cukupkah Semua






Assalamualaikum...all...sesungguhnya saya terpaku dengan lagu...dah berulang kali dengan..still nak dengar lagi....so..sungguh hayatilah lirik ini...anda pasti memahami sebagaimana apa yang saya rasakan kini...

Berapa banyak lagi airmata
Berapa banyak lagi luka-luka
Yang bisa membuka setiap mata
Bahwa tangan kita telah membuatnya

Berapa banyak lagi pohon tumbang
Berapa banyak derita menyapamu
Berapa banyak lagi bencana dan kita menjadi saksi semua

Tak cukupkah semua apa yang terjadi
Membuka sang mata
Membuka sang hati
Dan lihatlah semua apa yang terjadi
Semua tutup mata
Semua tutup hati

Berapa lama lagi untuk hati
Bersimpuh dan kembali pada Illahi
Berapa lama lagi untuk jiwa
Disana untuk kembali padaNya

Tak cukupkah semua apa yang terjadi
Membuka sang mata
Membuka sang hati
Dan lihatlah semua apa yang terjadi
Semua tutup mata
Semua tutup hati
Tak bisa sembunyi dan tutup mata hati

_______________________________

Nota picisan:semoga belum terlambat buat saya mencari jalanNYA....

SAYA,yUNZ

READ MORE- Tak Cukupkah Semua

Wednesday 6 April 2011

simbol misteri tu dah terjawab..

Assalamualaikum all.. dah terjawab benda pelik yang jadi dekat aku malam tadi..dasat betol..jom....ceritanya...... malam tu aku tengah layan cerita sini ada hantu..sekali handphone comel ni...comel ke?...tak kesah la kan berbunyik menandakan mesej diterima.....tapi msj...aku ni dengan rasa curious pun bukak la mesej tu..lama jgk la loading..aku rasa cam video je..then pastu keluar lambang pelik... aku dah cuak dah ni.. yang paling tragik lepas je aku tengok simbol tros handphone aku terpadam...mak ai dah la lepas tengok citer hantu..haru aku..yang pelik..aku rase baru je lepas charge tadi... aku nak menggali rasa malas la pulak..menggantuk ya amat...so aku abaikan je...dengan penuh tanda tanya... sekali hari ni..aku bukak la youtube..pastu aku nampak iklan lambang yang aku nampak malam tadi tros je aku klik....



mmg sejibik simbol yang aku dapat tuh...erkk...apakah???....dengan laju aku google pasal infection ni....pastu baru la aku tahu dari blogger lain pasal ni...haha...pulak tu tarikhnye adalah hari ini.....6/4...dengan itu baru aku paham.. Malaysia bakal dilanda infection yang digelar COLONY...heh..rupenye adv from celcom...cheh...aku pun baru perasan..hah ingatkan alien mane la nak tawan bumi wakakkaka...rupenye..haha yg nk tergelak ader je yg bising kater bersepah lambang ni kat bus stand la.lampu jalan la..traffic light la..yg paling best perasan tak kat tv3..haha aku pun baru perasan...chet ..so...click je benda ni.. COLONY..tengah countdown...law u'ol nak taw apebenda colony nih..terjah je blog ni...malas nak menaip ni...sila-sila..tekan je click okeyh...LAMBANG MISTERI


____________________________

Nota Picisan:rasa best je misteri-misteri..nih..klaka pon ader...heh teringat lagu Beast..Mystery..hehe..^^


[END_0246_06042011]

YUNZ
READ MORE- simbol misteri tu dah terjawab..

Tuesday 5 April 2011

Rahsia Golongan Darah

Assalamualaikum...

hi there wassup....heh tetibe je lidah tergeliat cakap omputih nih...well(gaya berlagak sikit)..haha..tader la...sekadar gurauan..so for lately im quite busy eh..exam is around the corner..so should be prepare huh...ehh ok back to the topic "Secret of Blood"..lets see..


GOLONGAN DARAH A

  1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang
  2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala
  3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang.
  4. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten..
  5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
  6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
  7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.


GOLONGAN DARAH B

  1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
  2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
  3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
  4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
  5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
  6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.

GOLONGAN DARAH O

  1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
  2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
  3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain..
  4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
  5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
  6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
  7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.


GOLONGAN DARAH AB

  1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
  2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
  3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
  4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
  5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
  6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.
so kalau ader kempen derma darah tu...kepada mereka yang cukup syarat tu apakata pergi la derma darah...hehehe..anda mungkin penyambung kepada 1000 nyawa...:)


_________________________________________________________
Nota picisan: A drop of blood a million of wisdom..menderma darah adalah semulia-mulia sedekah..^^

[END_1107_05042011]
YUNZ,

READ MORE- Rahsia Golongan Darah

Monday 4 April 2011

Bagaimana nak menyayangi Seseorang!!

Assalamualaikum....

hari duduk mengodak lappy ni sekali lagi saya terjumpa dengan benda ni...so saya nak kongsi dengan u'ol semua macam mana nak menyayangi seseorang tu tak kesah la siapa dia kekasih ke teman ke..sahabat,family or...sesiapa pun..


  1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

  2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

  3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

  4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

  5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

  6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

  7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

  8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

  9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan

  10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

__________________________________________________________

Nota picisan:kasih sayang ada dimana-mana untuk semua ..untuk sesiapa je yang mencari....


[END_1211_04042011]

yunz..
READ MORE- Bagaimana nak menyayangi Seseorang!!