Monday 30 December 2013

Puisi Tepi Jalan



Usul Menyongsong Asal,Dipangkas Pucuk Kembali Ke Pangkal

[dengan apologi kepada:
1)Istana Bahasa Tinggi yang pernah di sana kasih dan cintaku tumpah.Sayang,kini hanya terbiar bersepah di tanah.Selagi kerabat berdarah cair itu memandang marhaen picisan ini sebagai sampah.
2)Tuah-Tuah yang....setia]



Dia
pahlawan terbuang
Dia
ke seberang
Dia
menjadi anak dagang
Dia
bak Panglima Awang
Dia
burung yang dulu terbang
Dia
yang kini menghayun kepak mencari sarang
Dia
sirih yang dilayangkan ke gagang
Dia 
si Tenggang yang mahu pulang

Aku
tempoh hari pulang ke istana
Aku
cuba kembali pada asal kononnya
Aku
senyum pada sang raja,pendekar dan bentara
Aku
diberi balasan senyum dari mereka
Aku
bertemu sang kerabat pula
Aku
jelak sekali pada lakunya
Aku
sedar diri masih bernama Jebat jua
 
Aku
Jebat yang derhaka    
Aku
namun rela dan berbangga dengan gelarannya
Aku
biar diangkat langkah ini kembali berkelana

Aku dan dia
kembali tertutup hati untuk pulang ke sana
selagi genta-genta kosong itu masih bising menyalak raja


____________________________________

1)sah ini namanya kecamuk demam.
2)sah ini namanya kecamuk dalaman
3)aku masih juga marhaen picisan [yang langsung tak kukisah walau sekuman]
READ MORE- Puisi Tepi Jalan

Tuesday 11 June 2013

Sebulatnya

Rasa yang tak bernoktah.....

Entah itu yang mampu terbit dari hujung hati...sedikit mungkin.....senyum aku....ya sakit...mengalahkan bengkak dikaki kiri ini..

Hati telah luka
Di atas luka dan luka

Aku takde boyfie...tapi luka tu terasa seolah putus cinta...kenapa?
Persoalan yang selalu menjelma tanpa ada satu pun jawapan....

Ya Tuhan, ku mohon agar hati ini selalu teguh...sekuat semahunya menahan rasa resah luka sebegini


keyoff






READ MORE- Sebulatnya

Friday 31 May 2013

Im outta teen ^^

Repost contengan: read if you want free to leave kalau rasa tak selesa..TQ


Assalamualaikum and greetings to all..:)

Alhamdulillah straight to titik : i.thank.you..for everythings....
kalau nak ikutkan bila throwback memang macam funny kan..so much dah jadi moulding me yet again into somebody yang belajar dan membesar...

ingat nak jadi orang besar ni senang ke...kalau membesar kan badan tu memang la senang...tapi ni jadi orang dewasa...tak yang lah nak mention banyak kali kan ''perlu ker"?? ok ok...fine..betul la selagi ape sahaja yang hidup bersama masa, maka selagi itu jugak yang hidup itu dewasa bersama usia.Membesar dan belajar dengan pengetahuan dan pengalaman,dari bangku sekolah ke alam kerjaya...dan rumahtangga..eh..aku belum lagi la takat alam universiti lagi la kan...bila membesar dan belajar tentang hidup dan mengenal diri dari usia remaja menganjak ke usia dewasa..

rindunya zaman dulu-dulu mase kat sekolah...collage dulu..antara fasa yang boleh kate boleh buat sengeh sorang-sorang..segala macam benda dibuat pengalaman, yang pahit yang manis yang kelat payau masin manis semua dah macam nasi ambeng lengkap..tula rindu dengan diorang..rindu budak kelas yang haru biru tu...sekarang masing-masing dah besar..masing-masing dah dewasa..masing-masing dah sibuk dengan urusan sendiri yang tak pernah sudah...same je macam aku jugak.kalau yang dah habis belajar dan dah ada kerja sibuk dengan career yang tak habis belajar lagi macam aku ni berchenta ler dengan buku sampai lebam..tu belum nak cerita yang dah berpasang-pasang,berdua,bertunang,berkeluarga....hailoh..semua orang dah tinggalkan aku bertapak-tapak kat belakang.Barakallah mane yang melangsung walimah tahun ni semoga bahagia til junnah.yang mane bertunang tu..semoga selamat semuanya..aku ni je yang tak sempat nak fikir apa..tak pe lah kan yun,nak habiskn degree ni pun macam hape tah kan...:) sampai masa ada la kan..hahah..okok..stop disitu..pantang duduk sensorang ade je nak masuk mood memory lane..

Dan sekarang semua dah berubah...Banyak perkara belum lagi aku tempuh dan perlu banyak lagi belajar...kawan silih berganti...rakan silih touch n go..perangai manusia yang lagi giga perlu dihadap....Lagi-lagi dalam persatuan sekarang nih... Bila ada keluarga kedua macam ni..kepentingan bersama harus dijaga..Kesusahan  kesedihan kegembiraan Keseronokkan akan dikongsi bersama-sama.."Sama Sendiri Bantu Membantu" itu yang perlu dipegang..walau macam mana sekalipun masalah mendatang be profesional be rasional..bak kate cik kakak...

mereka ni kesayangan saya after my own family! ^^


ok la dah bekajang dah kot hailoh..sory la mumbling tak hengat..sikit-sikit suda kan...right.gtg..assalamualaikum...thanks readers..:)

READ MORE- Im outta teen ^^

Thursday 30 May 2013

Terbang Tinggi-Tinggi dan Terhempas.


Baru ade sparkling dekat muka  dah mula lupa mane letak lutut, mana letak buku lali, Dah pandai ambil kesempatan..Dah mula pandai nak kipas sana sini, Dabik dada bertalu-talu tanpa rasa malu.Tayang muka persis Chihuahua yang merangkak dalam designer clothes tengah-tengah sahara sana, Dah pandai ketatkan muka. Dah pandai buat orang bercakap macam cakap dengan orang bercagu. Dah pandai jadi tukang tunjuk, Dah pandai  bersuara selantangnya mengalahkan speaker segedabaknya..Taring. Tanduk Belang semua dah mula keluar. Kentut yang selama ni berbau Channel No 5 dah semerbak bau bangkai berulat. Cakap yang selama ni dengar rasa tenang dah mula jadi jarum. Setiap patah nyilu sampai ke tulang sumsum. Kau bukan spesis pertama yang aku jumpa ..Cuma tak terjangka...manusia senang berubah..manusia senang hilang tingkah....bila terasa bila berada di tempat yang selesa..lupa segala asal..asal mula...asal mereka asal dgn siapa...tiap ekspresi..tiap gerak geri umpama pokok tumbuh melata sehingga jadi racun yang boleh mematikan urat saraf mata hati dah fikiran...yang lainnya

Tak penat ke berkebun sebegitu rupa....

.Hipokrit.
.Two Face

.Tinggi mendongak
.Hati yang dah bernanah

.Dengki
.Batu api


Permainan dunia manusia ni tak lama kejap...tak takut ke kalau dibayar cash...Nauzubillahi min zalik...*urut dada

Hakikatnya aku penat sebenarnya~~
berbicara melalui mata..tanpa mampu membuka kata~~~


keyoff
READ MORE- Terbang Tinggi-Tinggi dan Terhempas.

Harapan pembunuh

hidup~~

Hidup dalam denial,sangat memeritkan
Hidup dalam harapan sangat memalukan
Berharap~berharap~berharap sedangkan kau tahu tak ada
Guna pun berharap, bila harapan kau cuma tinggal harapan
Kau menyesal sebab wasting so much time untuk berharap
Pada sesuatu yang sebenarnya tak perlu kau berharap
Tu kan kerja Dia
Tapi kadang-kadang berharap itu antidote
Buat kite feel alive atleast for few second
Tapi entah...aku benci harapan
Sebab semua harapan aku pembunuh


keyoff
READ MORE- Harapan pembunuh

Monday 6 May 2013

Anthem~~~

Assalamualaikum...

NOW......
Re-reading Hlovate’s Anthem at his/her (most prolly her) blogdrive because dum dum dum she’s releasing it now! Bahaha I’ve been waiting nak pergi serbu kedai buku..tapi memandangkan now tengah exam.so better waiting la until ada dekat mph or popular . Here, some of my favourite lines in Anthem.


Orang keliling memang pantang tengok apa yang lain dari diorang.Rajin sangat nak menjaga tepi kain orang lain walau tak tau hujung pangkal usul periksa. Salah aku ke kalau aku lain dari orang?
Kalau aku nie senget,orang lain pun bukannya lurus pembaris sangat.Nak mengata orang,sesiapa pun boleh buat.Nak berlagak bagus pun semua orang buat.
There was a time when I felt like I cared
That I was shorter than everyone there

Betul.Tipu la kalau kata tak rasa apa-apa bila orang keliling tengok kita nie semedang je ada yang tak kena.
People made me feel like life was unfair
And I did things that made me ashamed

Semua orang buat silap, Salah aku ke kalau akau buat benda yang aku tak tau? Kenapa pandai mengata tapi tak pandai menolong?Manusia memang macam tu, Kalau sendiri imperfect,pantang tengok orang lain lebih dari dia.Atau manusia kat sini je?
Everybody talks bad about somebody else
And never realises how it affects somebody else
And you bet it won’t be forgotten
Envy is the only thing it could be

Betul la.Memang susah nak tutup mulut orang.
Till next time,

keyoff
READ MORE- Anthem~~~

Monday 1 April 2013

Hati

Kau punya Hati
Orang lain pun punya hati

Hati kau dan orang lain tak kan pernah sama
Mungkin sama tapi takkan serupa..

Sebagai contoh
kau suka dia
Tapi mungkin dia tak suka kau
nampak kan?
Hati manusia ni tak sama
Berbeza

Aku sebenarnya bosan berbicara soal hati
Perihal hati siapa yang perlu dijaga
Perihal hati siapa yang perlu ditatang
Penat, bosan, muak

Kau minta orang jaga hati kau
Kau minta orang belai hati kau
Kau minta orang jangan lukakan hati kau
Kau minta orang faham hati kau

Tapi persoalannya, adakah kau melakukan
Perihal yang sama terhadap orang itu?

Iye aku tahu
Buat baik, tak boleh mengungkit
Nanti tak dapat pahala
Ayat klise
Aku dah selalu dengar
Tiap-tiap hari

Ini bukan soal mengungkit bro
Ini soal kesabaran aku
Yang semakin senipis bawang ni
Aku cuma manusia biasa
Aku tak sempurna
Masih belum sempurna
Masih mencuba untuk menjadi yang sempurna

Jadi tolong aku,please
Kita jadi fair and square
Kau jaga hati aku..aku jaga hati kau
Selepas tu kita boleh hidup aman dah bahagia
Dunia akhirat tanpa sebarang pergaduhan

Sekian.......

~Somebody say "selfish untuk diri sendiri itu adakalanya juga perlu~"

~mungkin....


READ MORE- Hati

Earth Women





Tak semua perempuan kuat perasaannya macam aku
Tak semua perempuan boleh pasak hati setenguh aku
Tak semua perempuan boleh keraskan hati sekeras kerikil
Tak semua perempuan punya kepala dan hati yang degil
Tak semua perempuan tahan menangis dengan senyuman
Tak semua perempuan patah hati tapi dalam hati ada taman
Tak semua perempuan itu aku..

Dan ia sepatutnya menjadi kamu

keyoff~~


READ MORE- Earth Women

Stronger

Siapa kata nak jadi kuat tu senang?
Siapa kata nak jadi kuat tu mudah?
Beri tahu aku ..
Aku perlukan kekuatan sekarang...

Kekuatan..
Ianya tak terdapat di gerai-gerai tepi jalan
Ianya tidak boleh disedut daripada manusia lain
Ianya tak pula muncul disaat kau memerlukannya

"Aku kuat"
Satu ungkapan yang penuh dengan penipuan
Satu ungkapan yang kononnya dapat menyembunyikan
Segala rasa kesedihan dengan senyuman
Satu ungkapan yang kau tunjukkan pada seluruh dunia
Umat manusia bahawa kau sebenarnya
bukan seorang yang lemah
Bukan Lemah
Tapi Kuat!

Kekuatan tu bukan macam menang loteri
Kekuatan tu bukan macam sistem barter manusia antara manusia
Kekuatan tu bukan barang yang boleh dijual beli

Aku baru sedar
Kekuatan yang aku cari selama ni memang payah
Tak semudah ABC
Tak sesenang kira 123
Tak...
Tidak,,,

Doa..
Ya itu kekuatan yang sebenar
Kerana apa?
Bukan manusia yang berikan kau kekuatan
Tapi yang diatas sana
Yang Maha mendengar segala rintihan engkau
Yang rindukan segala rintihan kau padaNya
Yang selalu kau lupa bila kau senang
Tapi kau menangis meratap bila kau memerlukanNya
Ironinya hidup ini

Sahabat aku juga insan yang lemah
Aku diuji dengan banyak perkara
Sampai satu tahap terasa mahu lari dari semuanya
Tapi bila aku cari hikmah disebalik semuanya..
Aku sedar aku punya Dia
yang sentiasa menjaga
yang sentiasa ada untuk aku...

"Allah pandang kita setiap masa
Tapi bila kita sakit baru kita nak pandang Allah, How ironic"
(specialist,2013)

keyoff~
READ MORE- Stronger

Monday 25 March 2013

NO CAPTION

Assalamulaikum....

Agaknya lama betul aku tak singgah sini...sibuk kut...sangatlah kan hahaa....mungkin site ni tempat aku memuntahkan semua yang ada hah bunyi macam mengarut je...

"sepanjang abang ada kat sini,abang tak nampak muka anis happy"

ye...aku terkedu bila kenyataan tu ditujukan pada aku....kadang bertanya pada diri....memang muka ni tak boleh nak sorok apa-apa eh? atau mungkin perkara tu dah merebaK satu badan sampai tak boleh nak sembunyi apa-apa dah...

Lama....satu persatu jatuh bilamana orang yang ditunggu hilang...bilamana orang tempat bergantung mengadu lenyap.....dan bilamana hati dah tak tahu nak letak dimana...

Bilamana rasa itu harus diterbalikkan....pedih ya tersangat pedih...

diam *******

Salah siapa kalau aku tak nampak.....
Salah siapa kalau aku terjatuh...

Tak ada tangan untuk aku gapai berpaut.....
Akhirnya aku gagahkan jua hati untuk bangkit sendiri....

dan baru semalam janji macam-macam....
Tapi harini.....

Baru semalam kate nak ubah mindset...
Baru semalam kate tak nak pikir bukan-bukan...

tapi harini.......
Tahan empangan tu macam tahan apetah....
Supaya tak siapa nampak...
Tak siapa perasaan
Dan akhirnya....pecah jugak empangan tu....
Nak tak nak jalan setapak jugak....

Kesian diaorang.....
Rasa bersalah meletakkan sesuatu yang tak sepatutnya...
Tahu hati tak kuat...tapi kena kuat jugak...

*kau nangis lagi??
*tak...aku sakit kepala...
*kau tipu!

memang aku tipu....

"sekarang kau ni kuat tacing"

ya aku sedar...jiwa aku sensitif macam tisu dah...kenapa? soalan tu tak sepatutnya ditujukan...mane tah budak yang slalu keras hati...selalu jiwa kental...tak kesah semua benda...susah nak nangis...yang tinggal budak yang jiwa cengeng...apekebenda tah yang rasuk kepala aku nih pun tak tahu la...

kalau dekat rumah...ade puan emak....untuk tenangkan resah hati...
Tapi kat sini nak pinjam bahu sapa??

Menagis dalaman sebenarnya lagi sakit dari menangis orang nampak........

Kadang aku pelik kenapa rasa macam ni lagi sakit dari putus cinta??mungkinkah side effect yang tak terduga...atau mungkin akal dah tak boleh dicerna....entah

Mungkin kena ubah ape yang patut...mohon kuatkan hati....mohon kuatkan jiwa...bagi aku peluang...dan masa...itu saja...dan...

~~Aku mahu jadi aku. Diri sendiri, tanpa bias orang lain. Aku tak mahu dibayangi, atau sekadar jadi tempat berpaut. Aku mahu hidup. Aku mahu berdikari. Aku mahu bebas...~~

Dah aku tanak sedih-sedih dah...Iron Lady bukan macam ni orangnya!..back to normal la wahai pemilik nama Anisah Saleh!
keyoff





READ MORE- NO CAPTION

Saturday 9 February 2013

Question!


someone ask me last night,
'kau rasa bila kau nak settle down?
bila kau rasa kau betul2 nak jadi selfless, putting others before yourself, jaga parents
get married
have children
die'

thats a hard question.i wonder when will i.



Keyoff
puan emak bagi aku makan manjakani first time...
sbb badan aku tak boleh sejuk..gotta side effect frozen dalam bas tadi kot...=='
READ MORE- Question!

Tuesday 29 January 2013

si kupu-kupu

Assalamualaikum

Bismillah....

Cakap pada diri sendiri..tak apa masih mampu nak berdiri..bergelak lagi kan..mampu nak normal macam biasa kan...cukuplah tu..cukuplah dengan apa yang tiada dengan pujuk yang aku sorang yang faham helahnya.Kadang terasa hidup tapi mati dalam gerombolan manusia...tak berdaya...kalau dicanang sekalipun belum tentu ada yang dengan rela hati mahu mengganti...senyum..tenang hati bercakap sorang-sorang benda yang aku harap orang yang akan cakap pada aku..Gila.Ye aku tahu!






keyoff
mungkinkah aku juga si kupu-kupu......
Doakan sayap aku cepat sembuh.....
READ MORE- si kupu-kupu

Entry yang tak punya tajuk

Assalamualaikum

Bismillah......

Esok ..nak balik dah even status kesihatan masih so so...Doakan aku cepat sembuh..^^..Aku dah rindu dengan semua orang...




Keyoff


READ MORE- Entry yang tak punya tajuk

Sunday 27 January 2013

kosong

Assalamualaikum


















Guwa Crush on someone!!
whos??


...............................














keyoff
jangan percaya!


READ MORE- kosong

Saturday 26 January 2013

Jungle Talk

Assalamualaikum

Bismillah...

hmm entah guwa rasa rindu dengan hutan kalau setakat mandi sungai tu ade la 2 ke 3 kali tapi ni...mungkin agak lama tak bertapa dalam hutan maka rindu itu datang bertalu-talu..lepas tu mulut bising bile nak camping, bila nak camping,,last bertapa tak silap april 2012..see lama gile...hmmp..

Mungkin guwa ni memang spesis yang extreme lasak maka guwa memang obses dengan xtvt macam nih...Mari mengimbau kenangan lama.....


       
ni la clan guwa..chill

guwa dengan clan redah sungai dengan air yang super deras

Camp Sungai Chilling.....advanture gile yoep..^^

\
Berkumpul sebelum start Hiking Gunung Datuk


Malam icebreaking....gelak banyak time nih..


Selagi belum camping selagi itulah mr president kene dengar guwa bising "bila nak camping" kehkehkeh.So dah decide hujung bulan dua ni Sungai Chilling lagi..hahaha tak kesah la janji guwa nak bertapa dalam hutan!!Doakan guwa tak jatuh sakit lagi time tuh...huhu Asik demam je nih..musimkah?? entah..

keyoff
Respect is the key
Fun is the Keychain
Thanks to all


READ MORE- Jungle Talk

Retak

Assalamualaikum

Bismillah....

Dari semalam lagi entah apa duduk merayau dalam kepala nih..Entah barangkali naknye diluah dengan cara macam nih mungkin.

Aku duduk menghadap dinding yang usang tuh...ada retak disitu..aku cari dari pangkanya dimana..sehingga kehujung..sayang hujungnya ternampak serpihan..aku tolak dengan jari..dengan sekali sentuhan serpihan itu hancur menjadi debu..aku mengeluh...dan hatiku terdetik...adakah retak menanti belah itu akhirnya menjadi debu semcam dengan dinding dihadapan aku? Persoalan sebegitu kadangkala merengut hati. diam..hanya suara angin yang berbisik entah apa yang diperkatakan.mungkin berebut rebut untuk menyejukkan hati yang sedia beku ini..barangkali mungkin.

.Namun bersangka baiklah..mungkin ada sebabnya..lihat pada diri banyak perlu diperbaiki..Tepuk dada tanyalah minda mengapa..jangan nak salahkan manusia sekeliling..tapi tanya pada empunya diri mana silap mana salahnya.Jangan hanya fikir diri saja yang betul adakala ia mampu mengguris hati yang lain.jangan fikir diri saja yang benar...dengar..faham terima...barulah mencelah apa kata minda pula..itu peraturan alam..peraturan berkawan. First rule in human business Never Assume.Ask...Never Imitate but create.Dan itu tandanya kau ada sifat respect dengan orang lain..*sigh

Tapi yang pasti aku mahu jadi aku, diri sendiri, tanpa bias orang lain, aku tak mahu dibayangi, atau sekadar tempat untuk berpaut, aku mahu hidup, aku mahu berdikari, aku mahu bebas... tafsirlah sendiri satu hari kau pasti akan tahu..

keyoff
Sah ni namanya kecamuk demam
Sah ni namanya kecamuk dalaman

READ MORE- Retak

Thursday 17 January 2013

Kata entah!

Assalamualaikum

Genggam tangan masih belum mampu meleraikan rasa hati,
Lagaknya masih samar
Dan
Aku masih lagi si marhaen picisan yang dulu...
Yang langsung tak ku kisah walau sekuman

Asalnya aku si merpati putih itu
Yang setia memerhati hantu-hantu masa lalu
Biar diusik biar diasak sesuka hati
Namun masih disitu diam dan memerhati

Asalnya aku juga si burung hantu
yang teliti malah punya bisa sendiri
Kadangkala takut jika bisa itu mampu menjadi pemusnah
Kerana aku juga penyimpan kuku besi si Helang yang hilang...

~Puitiskah hahah agaknya boleh hantar tak kat puisi sepetang tak??

Sebenarnya ada perkara yang jadi tanda tanya...pernah aku persoalkan "Anda boleh paksa orang dengar apa yang anda cakap,tapi anda tak boleh paksa hati orang lain untuk percaya dengan apa yang anda cakap"

itulah yang aku perhatikan buat sekian kalinya..makin parah gamaknya mungkin...kecewa ada barangkali...entah..tapi macam mana pun ..sometimes,when nobody gives a damn when you,re crying,you do better start laughing.Though bitterly..see..:) manusia mudah untuk berubah...yang baik alhamdulillah tapi kalau sebaliknya entah lah...masing-masing punya pendirian...mungkinkah hak bersuara...hahah entah...hendak seribu daya..tak mahu punya beribu-ribu alasan keluar..bukan susah pun kata je tak mahu..maka mudah segala urusan tapi bila terpaksa tapi buat juga...sia-sia tak ke rasa...apatah lagi kalau tak ikhlas? fikir dan nilai sendiri..

Tapi nak macam mana pun aku tak tahu nak mula dari mana...minta tolong selesaikan hahaha..adakalnya masih tersimpan dalam hati dan sukar diterjemahkan dalam bentuk kata...sambung esoklah aku mati kata....tibe aku rasa makin merapu post kali nih.hahah..selamat malam semua maaf salah silap...moga esok lebih baik dari semalam.....

keyoff~~

READ MORE- Kata entah!

Langkah Serikabdi 2


“Semester dah nak start agak-agak sem ni ramai tak gegadis join club kita?” Sun dan menyiku Remy
“wowoo..agak ok,mesti ramai punya” Remy angkat coller baju ala-ala kasanova.memang malang aku sebenarnya kawan dengan kasanova.Tapi biarpun diorang ni perangai memang miang habis,sebenarnya diorang ni sangatlah berguna,Cuma perangai kasanova tulah yang kadang kala rasa nak cepuk aje
“Sun roger yang lain kata malam ni ada meeting”Addi pandang aku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir “apa?”sergah aku,tu mujur aku tak baling pensil yang ada kat tangan ni
“tak,kau comel nampak harini”bersahaja je dia bersuara
“huh! Dah nak start la tuh perangai kasanova dia!”

“Meeting tempat biasa,pukul 3 petang”Addi bersuara tanpa perlu ditanya.
“roger,aku blah dulu,pepehal sms je kalau rasa nak save kredit kau tu untuk gegadis”backpack disambar cepat,langit diluar agak gelap,baik aku cabut dulu sebelum kuyup

“Truuurrrrttt….trruuurrrrtttt “
Gila skema bunyi telepon aku,tak kesah la “Hello,Ai mana?”
“huh”aku pandang skrin telepon “hello!! Hello!! Kau dengar tak?”terdengar sayup jeritan dari corong speaker telepon”

“ye aku dengar la”pehal?”balas aku
“kau dekat mana? Aku ni Joe”
“tau, aku dekat rumah..”
“buat apa?”
“maaasaaak”balas aku malas
“cantik!ayam masak merah please?”

“boleh aku bukak kaunter depan rumah, sepinggan 6 hinggit amacam? Mau?”
“huh kesian kawan la,tak…. nih aku nak bagitau kau..”
“apa?”
“Ed nak jumpa kau”
“Ed? Pehal pulak aku?”
“ala pergi je lah,dia ada benda nak discuss dengan kau”
“hmmm nanti lah aku tengok dulu,okey la aku nak makan bye”belum sempat suara itu membalas aku dah letak “puas hati!”

Ed..aku dah lama tak sebut,nama tu pun sudah makin pudar dari ingatan,mungkin hati yang tak mahu mengingati benda yang dah lama tu,entah.tapi kenapa pula dia nak jumpa aku.arrrhgghh persetankan semua tu,buat apa aku nak takut, berdepan itu lebih baik mungkin, Ahhh Addi kan ade!

“Hello Addi!”

……………………..
READ MORE- Langkah Serikabdi 2

Thursday 3 January 2013

Langkah Serikandi

Assalamualaikum....

Sebetulanya entry ini adalah untuk Remember..but entah macam mana laptop yang menyimpan khazanah Remember tu rosak no backup..tepuk dahilah..5 years aku simpan benda alah tuh..seusia dengan labtop yang rosak nih.kalau nak katakan berhabuk memang berhabuk..dulu tade la terasa nak publish ker sebab ingat nak buat simpanan harta karun je tapi tetiba je mood terasa nak letak dalam blog..tapi harapan semata katanya motherboard yang rosak...maka tak tahula sama ada boleh diselamatkan lagi atau tidak..hailoh-hailoh...tapi mujur la yang satu ini masih tertinggal dalam thumdrive yang gile antik tuh....even teragak-agak lagi nak meletakkan benda alah ni dekat sini..but why not kan..mungkin lagi selamat dari perkataan "hilang" or "corroupt" heh.....so lets warm up dengan Langkah Serikandi..

28 December 2010-3 January 2013
-Warmup mood
-kembali pada 3 tahun yang lampau....
-acuannya ada sedikit berbeza dari yang asal(mangikut peredaran masa la katakan)
- im not the writter but im a storyteller
-thanks for reading(even aku tatau la ade ke orang nak baca) giggles sorang-sorang
-im still newbie even dah start menulis since 2008..please la terima daku seadanya..hahaha chills steady chumelss okeh

Langkah Serikandi (Yunz)

BAB 1

1…2…3…click
“Hah korang kalau dapat bergambar tak ingat dah orang keliling”lengan baju ditarik keparas siku.Senyum  melihat gelagat mereka yang gilakan bergambar.Addi ,Sun,Remy,Ben,Lia,Dash masing-masing tak mau mengalah.Mengalahkan hantu gambar diorang ni semua.Walaupun cuaca pagi tu sejuk,tapi demi nak tengok sunrise pagi tu apa pun boleh redah.

Cantik!

“Ai,common la..bak sini camera tu biar aku pulak yang snap”Addi dah buat muka sebab aku mengelamun je dari tadi.diorang pun bising bila nak click nye penat je berposing sakan macam-macam gaya dah tu..

"kesian kawan lah...hahahaha"camera bertukar tangan senyum bertukar rentak

okay.gaya sikit pendekar sekalian

1…2…3 nice!

Bukit Tabur jadi saksi.

********

READ MORE- Langkah Serikandi

Wednesday 2 January 2013

Kawan Memang Tak Akan Ada Hujungnya

Aku tersangat la suke dengan satu bait kata ni...

Every story written
There is backstory hidden..

yup..hey this is my first entry for 2013..wohohooo....
ok let begin.....

now 2nd January 2013...bermakna its has been a years...im stick with THEM! jyeah..THEM! who are THEM... lemme tell you the story hidden...about US!


December 2011...we meet up...just because of Silat Gayong..yes just four of us mase tu...aku,umii ayeen and abang mirol! we stick together...dah macam belangkas...apebenda buat mesti berempat...dan aku suka gelarkan kami fantastic four heheh....

THEM like my second family..we share everythings together...kalau buat something tu ta pernah  nak cover-cover cute ke macho ker.. langgar aje..hahaha

Umii...
Spot at her cheeks..teeheee even aku pun ala bulat jugak but i cant even sailang dia punye bulat...but whatever it is we know we're the super duper chumelss...ahaksss....but the thinngs yang boleh kate pelik.. she scared of kaki ayam and the kepala ayam..senang cerita ayam la..tapi kalo ayam yang dah kena kerat-kerat tu tak la kot....chumel je..tak pe umii i always sayang ko tau hahaha

Ayeen
naa...Abang kasan! stand for kasanova! yup..nasib baik la kami ni jenis yang tahan dengan pangai pelik-pelik depa nih...kadang rase nak cepuk aje hahaha...sebenarnya diorang banyak pengai yang boleh dikategorikan pelik macam ayeen nih hahaha...snake? cube la kasi dia tp sebelum tu beware dulu takut kene pukulan secara drastik tu tanggung sendiri la hahahah..whatever he is aku sayang ko ayeen thehe *pssst syeera jangan salah paham naa hahahah

Abang Mirol
This is my big brotah....kuat tacing! hahaha scared of tinggi jejejeje....ada satu ketika dulu masa naik gunung datuk, punya la takut dia tuh..macam apetah..lagi la jadi bahan...selalu jadi bahan buli...teringat mase pergi kursus kat ipoh kami punye la macam hape tah memekak baling bantal dalam kereta...tapi dia terpakse statikkan diri sebab tengah drive hahah sian abang aku sorang nih...tape abang tu buli sayang namenye ahahks *dayah jangan jeles ye heheheh

yup 3 of us memang ada life sendiri...then me? ok drop the question ok..:)..aku ada diorang rasanya dah cukup kot before i meet someone who will be a part of me soon..:)

THEN! 

Times always changed everythings... we are not the fantastic four anymore...but we're MORE than that..



Dayah
she is the pure one..nampak je lembut tapi sebenarnya sebaliknya...Suka je membahan dia dalam erti kata lain..kalau bab bahan membahan ni kasi je kat kiteorang..bukan takat jadi kek sesedap rasa but more than that okeh hahha..yang ni harap maaf sudah berpunya yep...

Pyan
Yang ni pon kategori kasanova...senang cerita aku sebenarnya kawan dengan kasanova okeh..but i know where is their weakness...so kasanova kat luar sana jangan cecuba nak bermain dengan bara-bara macam kami ladies kat sini yep kami Immune!!..hahaha(gelak riak)

Abang Nas
Yang ni pun kasanova jugak tapi slow sikit la dari yang berdua tu..maybe sebab faktor umor kot hahaha...sorry abaaangggg...level immune dia pun zero hahaha...abang sooooryyyy lagiiiii hahaha..tapi yang paling salutenye level confident dia memang paras red light...dia tak main pisau lagi...dia tak main tongkat or simbat ke tapi dia main parang...memang terbaik..but what can we dooooo..skarang dia dah back to the school hahah..setaun setengah kot...selamat bersekolah semula ye abang Nas..hehehe

Nazmi
Yang ni  nak kate kasanova pun ade kala datang jugek miang dia hahah..adek aku nih..dulu masa mula-mula kenal..senyap je...malu-malu rimau je...tapi la ni dah kenai bebetul mak eh seghupo je dorang ni perangai..heh.

Mereka nilah yang paling rapat dengan aku...tak sangka dari berempat kini dah ramai...dulu meriah kini lagi meriah...betul kalau kat sana aku ni nobody sebelum ni...but adanya diorang kini terasa im somebody...biarpun masing-masing punya yang steady...but tetap terlihat kukuhnya friendship kami..In the future..aku tak tahu apa pulak ceritanya.suka duka setahun ni biarlah jadi sejarah yang mungkin akan kite kenang akan datang pasti..akan diselitkan dengan tawa dan senyuman..InsyaAllah...

Dan aku tahu biar kawan yang mengajar aku setiap katlum kehidupan..tanpa perlu aku letakkan skala 1-10..sebab tiap mereka pasti akan sempurnakan tiap cela aku....hal kawan memang tak akan ada penghujungnya,,,:D

hey cerita seterusnya....... jumpa entry sebegini tahun depan ye..hahaha.daaa...and i wanna confess little things yang aku sayang korang semua..ahaaaa daaa....

may the new day be another fresh start
may the new day bring all the hopes and dreams to be accomplished
may the new day be another cherished memories for tomorrow



keyoff~
READ MORE- Kawan Memang Tak Akan Ada Hujungnya