Thursday 17 January 2013

Langkah Serikabdi 2


“Semester dah nak start agak-agak sem ni ramai tak gegadis join club kita?” Sun dan menyiku Remy
“wowoo..agak ok,mesti ramai punya” Remy angkat coller baju ala-ala kasanova.memang malang aku sebenarnya kawan dengan kasanova.Tapi biarpun diorang ni perangai memang miang habis,sebenarnya diorang ni sangatlah berguna,Cuma perangai kasanova tulah yang kadang kala rasa nak cepuk aje
“Sun roger yang lain kata malam ni ada meeting”Addi pandang aku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir “apa?”sergah aku,tu mujur aku tak baling pensil yang ada kat tangan ni
“tak,kau comel nampak harini”bersahaja je dia bersuara
“huh! Dah nak start la tuh perangai kasanova dia!”

“Meeting tempat biasa,pukul 3 petang”Addi bersuara tanpa perlu ditanya.
“roger,aku blah dulu,pepehal sms je kalau rasa nak save kredit kau tu untuk gegadis”backpack disambar cepat,langit diluar agak gelap,baik aku cabut dulu sebelum kuyup

“Truuurrrrttt….trruuurrrrtttt “
Gila skema bunyi telepon aku,tak kesah la “Hello,Ai mana?”
“huh”aku pandang skrin telepon “hello!! Hello!! Kau dengar tak?”terdengar sayup jeritan dari corong speaker telepon”

“ye aku dengar la”pehal?”balas aku
“kau dekat mana? Aku ni Joe”
“tau, aku dekat rumah..”
“buat apa?”
“maaasaaak”balas aku malas
“cantik!ayam masak merah please?”

“boleh aku bukak kaunter depan rumah, sepinggan 6 hinggit amacam? Mau?”
“huh kesian kawan la,tak…. nih aku nak bagitau kau..”
“apa?”
“Ed nak jumpa kau”
“Ed? Pehal pulak aku?”
“ala pergi je lah,dia ada benda nak discuss dengan kau”
“hmmm nanti lah aku tengok dulu,okey la aku nak makan bye”belum sempat suara itu membalas aku dah letak “puas hati!”

Ed..aku dah lama tak sebut,nama tu pun sudah makin pudar dari ingatan,mungkin hati yang tak mahu mengingati benda yang dah lama tu,entah.tapi kenapa pula dia nak jumpa aku.arrrhgghh persetankan semua tu,buat apa aku nak takut, berdepan itu lebih baik mungkin, Ahhh Addi kan ade!

“Hello Addi!”

……………………..

0 Komen Mengomen:

Post a Comment