Friday 25 February 2011

A equal to Q and shortform..erkk



Assalamualaikum..

Nota sisipan:heh kalau rasa tak selesa free to leave ey...tak paksa,,^^

Okeyh..cadang nak hapdet esok..tapi macam tak best la pulak kan bila dah idea tu mencurah-curah keladang gandum...baik saya terus je kan....saya ada something nak tunjuk ni...sila lihat dibawah ye...


"sqyq nqmpk dqhi qndq brkrut-krut mmbcq entry ni..silq terskn bqcq jqngn bhenti sqmpqi rse nk mnth,sbb syq pun dh nk nek pening bilq mnqip sbgni rupq..[-_-"]."


haha...adei..tengok gambar tu pun dah tepuk dahi...huhu letih fikir nak letak ayat macam mana sekali belasah je la kan..so apa pendapat sahabat-sahabat kesayangan hamba sekalian...ada rasa nak lempang tak tak pun nak kasi tinju laju-laju ke..kalau saya...ape nak buat eh..tak payah baca langsung..pening-pening..makan panadol pun belum tentu baik..tipu je..so seriusly...

so rasanye mari-mari dekat-dekat kita tonton video ini ye..video ini lebih kurang la dengan topik yang saya nak sampaikan ini..so enjoy wacthing n laughing...



so..peeps...what do you think...hehe..asif jiddin sekiranya ada yang terasa ye tak de niat pun nak jatuhkan sesiapa apatah lagi nak malukan sesiapa..sekadar ingat mengingati untuk sesama kita dan diri sendiri juga....dan saya amat menyetujui beliau(awat skema sangat ayat aku ni)..ayat sebegitu.."sangat tidak comel"..so pada sesiapa yang tak puas hati orang bercanggah pendapat tu maaflah...tapi sila la fikir-fikirkan ye...
_______________________________
Nota Contengan :Bahasa jiwa Bangsa(semangat ni)

saya,An Nisa/Yunz
READ MORE- A equal to Q and shortform..erkk

Thursday 24 February 2011

Timeless

Assalamualaikum....

Lama da tak post lagu kat sini..so untuk kali ni...saya nak post lagu Timeless lagu ni ade dua versi so saya amik dua-dua...for sure lagu ni memang best...

Version Korea Jang Ri In and Junsu




then yang ni...

English Version by Kelly Clarkson and Justin Guarini




naa...not enough..so saya ada suprise..yang ni pown best.

mix English+Korea(cover by amalia alias and zaidradzai)



so boleh pilih nak dengar mana satu okeyh..version malay tade ker..erkk [-_-"]
_____________________________________
Nota Contengan : Enjoy that song..nak singing skali pon ok..=)

May Allah Bless.
An Nisa/Yunz

READ MORE- Timeless

sweet venom,bitter cure [2:216]

Assalamualaikum...

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi mu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..." [al-Baqarah:216]

bersabarlah atas setiap dugaan melanda
things're easier said than done,yep..so true..
mana yang mampu kita sabarkan =)

setitis derita melanda,segunung kurniaanNya
may Allah bless
~spread love~

[hlovate]
______________________________________
Nota Contengan:Yakin bahawa Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik InshaALLAH..

Sharing is Caring,
saya,An Nisa/Yunz
READ MORE- sweet venom,bitter cure [2:216]

Tuesday 22 February 2011

Happy Birthday Aya Hikari =)

Assalamualaikum.....


"maap seludup gambar hang ek...hehe peace..^^,"

.:to my everdearest Aya Hikari/Screaming Hands owner ;):.

another branch on year gone from the tree of life,another year closer to the earth and Him The Almighty.Sekali lagi kita mengaplikasikan teori maths,moga amal berkadarlangsung dengan usia =).be it a year wiser,richer with experience and good deeds.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
selamatkan hari dan urusannya ya Salaam[memberi keselamatan],dijauhkan dari musibah dan kesusahan,ya Muhaimin[pelindung]
lepaskan belenggunya ya Baari-u[melepaskan]
ampunkan dosa2nya yang lalu dan akan datang ya Ghaffar[pengampun]
murahkan rezekinya dengan barakah ya Razzaaq[pemberi rezeki],ya Fattaah[pembuka pintu rahmat].limpahkan rahmah dan kasih sayangMu ke atasnya,ya Wahhab[pemberi kurnia]
tinggikan darjatnya dengan iman ya Mudzillu[memuliakan]
tetapkan hatinya di jalanMu ya Hafiidhu[memelihara]
tambah indahkan peribadi dan akhlaknya ya Lathiiru[penyantun],ya Haliimu[penyabar]
permudahkan segala urusannya ya Allah
~amin~

selamat hari jadi,Sahabat yang saya kenali dari seusia kanak-kanak sehingga anda bergelar seorang gadis kini=)

May the new day be another fresh start

May the new day bring all hopes and dreams to be accomplished

May the new day be another cherished memories for tomorrow

_____________________________________________
Nota Contengan:Hadiah Besday yang ke brapa??kiter senyap je la ye..kite-kite je yang taw..sebab..umur??hanya pada angka...hehe

May Allah Bless,
Saya Yunz

READ MORE- Happy Birthday Aya Hikari =)

Monday 21 February 2011

Dia Pilihanku

Assalamualaikum...


Aku sedang menanti dia...
Seorang lelaki yang akan bergelar suami..
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH..
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah..

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani..
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar..
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri..
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..

Dia selalu menghiburkan aku..
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran..
Dengan zikir-zikir munajat..
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya..

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi..
Dia menasihati ku supaya mengingati mati..
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia..
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..

Dia memang sentiasa kelihatan penat..
Matanya penat kerana membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati..
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata..
Kita hambaNYA adalah pelakon...
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat..
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam..
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa..
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan..
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula..
Sejadah imannya yang terkoyak..
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya..
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga..
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA..
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W...
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya...
Kekasih sejatinya dan kekal abadi..
Iaitu ALLAHURABBI..

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga..
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali..
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta..
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta..
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia..
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA..
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia...

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku..
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu..
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia..
Kerana..
Dia pilihan ku..


Jika jodoh ku adalah yang paling elok parasnya, elokkan pula hatinya.
Jika jodoh ku adalah yang paling lapang hartanya, lapangkan pula tangannya saat bersedekah.
Jika jodohku adalah yang paling baik agamanya, maka baikkan pula agamaku untuknya.

_____________________________

May Allah Bless
Saya,Yunz
READ MORE- Dia Pilihanku

Memang Allah sengaja...

Assalamualaikum...ALL..

Memang Allah sengaja….

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

Sumber:Kembara Seorang Muslimah

___________________________________________
Nota Contengan:Yang baik datang dari Allah..yang kurang atas kelemahan diri saya..wallahualam bissawab..

May Allah Bless,
Saya,Yunz
READ MORE- Memang Allah sengaja...

Sunday 20 February 2011

Berdua Je??o-0

Assalamualaikum all...:)

Sumber:ikomik
_____________________________________________
Nota Contengan: harap tader sesaper yg terasa hati dengan entry nie...sbb nie peringatan untuk diri saya jugak..Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari fitnah bisikan dan godaan Iblis dan syaitan...InshaAllah

May Allah Bless
Saya,Yunz
READ MORE- Berdua Je??o-0

for the music addicts...like me [-.-']

assalamualaikum =)

harap tader sesaper yg terasa hati dengan entry kali nie...
sbb nie peringatan untuk diri saya jugak,i'm sooo like the one depicted in this one..
give me any words,8 outta 10,i'll sambung it into a song,let it be english or malay
siap bg nama singer ngan title lagu....

kekhilafan saya sebagai seorang hamba,alangkah bagusnya kalau...
dikeluarkan satu perkataan,atau phrase,atau sepotong ayat

dan saya boleh sambung terus menjadi tafsiran hadis atau ayat alQuran
dan nyatakan riwayat matan[kalau hadis],dan nombor ayat+verse kalau dari al-Quran..


sumber:ikomik
______________________________
Nota Contengan:
kita boleh sama2 berusaha ke arah itu,insya Allah..
amin..


May Allah Bless,
Saya Yunz

READ MORE- for the music addicts...like me [-.-']

Saturday 19 February 2011

Kemaafan Dendam yang terindah

Assalamualaikum...all..

Nota Sisipan:kalau ada yang tak senang dengan entry ini maafakn saya,Feel free to leave..TQ..

entry ni merupakan enty khas untuk sahabat-sahabat saya...dan sesiapa pun yang mengenali saya...

Pertama sekali..saya akui saya bukan seorang yang sempurna...saya juga insan bernama manusia yang mempunyai pelbagai perasaan...saya juga naif dan saya juga jahil.....dan saya juga bukanlah sebaik yang anda sangka...

Alhamdulillah disini saya belajar mengenal diri...mencari sesuatu yang hilang...mencari tenang yang dirindui selama ini...dan Alhamdulillah saya telah temui...Syukur Allah memberi saya jalannya...menangis hati ni...terasa kerdil..terasa hina...terasa bersalah..sehingga ketenangan itu mencarik..sehingga hati bergolak....saya rasa saya ada lakukan kesalahan...dan harus mencari maaf...bila amarah menguasai ada yang mengapikan dan dengan itu terjadilah pertelingkahan terjadilah tembok ego..tanpa rasa kesal..tanpa rasa salah...lahirlah kata-kata yang sakit untuk didengari...dan saat itu pandangan muka mula memaling dengan angkuh...dan nama teman mula kikis sedikit demi sedikit...


sahabat-sahabat saya....

maaf sekiranya diri ni pernah mencalar hati...seandai kata-kata mengguris rasa...seandai gaya melukakan jiwa...Maaf atas kesilapan..atas ketelanjuran kata-kata...atas keegoan..atas sifat amarah yang saya biarkan ia menguasai hinggakan terbit rasa benci dihati kamu..rasa yang menggembirakan iblis dan syaitan yang berjaya menghasut...maaf sekiranya itu terjadi...semoga kamu akan memaafkan kesilapan dan keterlanjuran saya

Kadang kala saya sering bergurau...tanpa saya sedar saya telah membuat orang terasa dan tak senang dengan saya...saya harap kamu maafkan segala kesilapan saya seandainya gurauan itu membuatkan kamu marah...saya juga manusia kadang kala tak sedar akan perbuatan itu mengguris hati...maaf dari saya..

Untuk dia yang pernah menyintai


Nama kamu tak pernah padam dalam ingatan rasa dan bersalah itu menghukum saya...dan tak pernah rasa jemu untuk meminta huluran kemaafan dari kamu...dan saya faham apa yang kamu lakukan itu pasti bersebab dan punya alasan yang kukuh..dan saya takkan bertanya lagi apa sebabnya..hanya kamu dan yang Maha Mengetahui tahu segalanya dan semoga kamu berbahagia dan kamu dapat membimbing dia ke jalan yang lebih diredhai...InshaAllah....

Teruntuk rakan-rakan yang lain....

Seandai diri ini pernah mengguriskan hati tanpa saya sedar...maafkanlah saya...sesungguhnya memaafkan bererti menghapuskan...jadi seseorang baru dikatakan memaafkan orang lain apabila ia menghapuskan kesalahan orang itu,Kemudian tidak menghukumnya sekalipun ia mampu melakukannya...

Bukan mudah memaafkan,Kita sedar yang menghalang antara memaafkan dengan tidak adalah sebuah tembok bernama ego....

Tetapi apakah jalan kearah kebahagiaan itu mudah-mudah sentiasa??
Tidak... ia memerlukan pengorbanan..Maka untuk mendapat ketenangan hati dari tindakkan memaafkan orang ini,kita perlu mengorbankan ego kita...

Kita percaya bahawa Allah akan memberikan kita sesuatu yang lebih baik apabila kita memaafkan sesiapa yang menganiaya kita.

"...dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(Surah An Nur:22)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.

Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.


"Ya Allah...Kau peliharalah hubungan persahabatan kami... Kau berkatilah perjuangan kami...
Kau redhailah setiap perbuatan kami...
Amiin..."

Semoga persahabatan ini akan kekal hingga helaan nafas yang terakhir.... :)

___________________________________________
Nota Contengan:Ketika mewujudkan entry ini saya juga sedang bermunajat untuk memaafkan orang lain..InshaAllah

May Allah Bless,
Saya Yunz,

READ MORE- Kemaafan Dendam yang terindah

Macam mana nak pujuk hati bila rasa terluka..

Assalamualaikum all...

Today saya terasa nak kongsi sesuatu..mungkin berguna dan bermanfaat untuk semua...korang pernah tak rasa terluka..tak kisah la...kecewa dengan sesiapa pun dan rasa torn apart inside and out..rasa macam dah tak mampu nak bangun...dan tak terkecuali jugak dengan Conflict of interests... Literally and figuratively...dan perkataan Torn apart inside and out.. Memang sakit. because..the hardest battle is when you’re against yourself...Tapi kena ingat jugak something yang kita suka tak semestinya baik untuk kita, dan something yang kita tak suka, mungkin sebenarnya baik untuk kita...A versus through and through...By all the senses and meanings of the word.....


Dan bila macam tu percaya atau tidak...All verses in the Quran are like personal love letters from God to us. Tak percaya??..sila la tengok dia punya translation...If you want to find solace and calm for the sore, the words will heal it straight away..macam ayat memujuk dalam al-Insyirah and ad-Dhuha. Sooth you anytime. Sweet!..trust me..i feel it..

Al Ankabut(29:2):
"Adakah mereka merasakan mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji??"


Ayat yang selau dipegang bila hati luka diuji..When faith is put at test..Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar..itu janjiNya...Walau apa pun jadi ingat apa yag selalu Dia selalu pesan..Allah tak akan membebankan HambaNya dengan apa yang dia tak mampu...Dan bila kita rasa sungguh-sunguh tak mampu lagi dah sampai nak wishing for penamat hayat..pun Allah dah bagi cara-cara nak hadapinya

Narrated from Anas:Rasulullah bersabda:'None of u should long for death because of a calamity that had befalled him; and if he cannot,but long for death,then berdoalah
"Ya Allah,let me live as long as life is better for me and take my life if death is better for me,"
(Sahih Buukhari 8/6351-o.p.362)

tapi korang jangan la sampai doa dipercepatkan mati pulak..ini pun kalau thing're too much to bearMintak la dilapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan,Allah tu dekat..

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku,maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar meraka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah:186)

No matter what,no matter when,no matter when it doesn't make sense.DO NOT leave u Love Letter's Compilation (i.e kita punya Ultimate Life Manual,The Al-Quran).It is last thread to sanity even if everything else failed..okei..:)

Betul maybe life breaks us all,but in the end we are stronger in the broken places....Dalam Islam tiada kebetulan,Everything is fated..Only changed by God's will,effort and Doa.....

___________________________________________
Nota Contengan:Segala yang berlaku adalah kehendak Allah..jadi dengan Dia jugak la kita mintak...:)

Sharing is Caring...
May Allah Bless,
Saya,Yunz


READ MORE- Macam mana nak pujuk hati bila rasa terluka..