Monday 1 April 2013

Stronger

Siapa kata nak jadi kuat tu senang?
Siapa kata nak jadi kuat tu mudah?
Beri tahu aku ..
Aku perlukan kekuatan sekarang...

Kekuatan..
Ianya tak terdapat di gerai-gerai tepi jalan
Ianya tidak boleh disedut daripada manusia lain
Ianya tak pula muncul disaat kau memerlukannya

"Aku kuat"
Satu ungkapan yang penuh dengan penipuan
Satu ungkapan yang kononnya dapat menyembunyikan
Segala rasa kesedihan dengan senyuman
Satu ungkapan yang kau tunjukkan pada seluruh dunia
Umat manusia bahawa kau sebenarnya
bukan seorang yang lemah
Bukan Lemah
Tapi Kuat!

Kekuatan tu bukan macam menang loteri
Kekuatan tu bukan macam sistem barter manusia antara manusia
Kekuatan tu bukan barang yang boleh dijual beli

Aku baru sedar
Kekuatan yang aku cari selama ni memang payah
Tak semudah ABC
Tak sesenang kira 123
Tak...
Tidak,,,

Doa..
Ya itu kekuatan yang sebenar
Kerana apa?
Bukan manusia yang berikan kau kekuatan
Tapi yang diatas sana
Yang Maha mendengar segala rintihan engkau
Yang rindukan segala rintihan kau padaNya
Yang selalu kau lupa bila kau senang
Tapi kau menangis meratap bila kau memerlukanNya
Ironinya hidup ini

Sahabat aku juga insan yang lemah
Aku diuji dengan banyak perkara
Sampai satu tahap terasa mahu lari dari semuanya
Tapi bila aku cari hikmah disebalik semuanya..
Aku sedar aku punya Dia
yang sentiasa menjaga
yang sentiasa ada untuk aku...

"Allah pandang kita setiap masa
Tapi bila kita sakit baru kita nak pandang Allah, How ironic"
(specialist,2013)

keyoff~

0 Komen Mengomen:

Post a Comment