Tuesday, 16 November 2010

Rasa bosan berisiko cepat mati??

Assalamualaikum n greetings to all

MENGALAMI perasaan bosan terbukti memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Dalam laporan penyelidik dari Kolej Universiti London, kebosanan boleh menyebabkan anda mati pada umur muda.

Walaupun ia tidak mendatangkan bahaya secara khusus, tetapi rasa bosan itu mampu menjadi simptom kepada perilaku bahaya seperti minum minuman keras, merokok, menagih dadah dan mengalami masalah psikologi. Tinjauan itu dijalankan ke atas lebih daripada 7,000 kakitangan kerajaan yang berumur di antara 35 hingga 55 tahun.


"are worried to death and those who are bored to death...."

Wanita muda didapati lebih mudah berasa bosan manakala mereka yang dilaporkan kebosanan senang mendapat serangan jantung.

“Berdasarkan kajian, kami menyimpulkan mereka yang kebosanan berpotensi mati muda namun ia bukan pencetus utama,” ujar laporan tersebut.


pesanan penaja>>pasni aku takleh nk wat rase bosan walaupun hakikatnye aku bosan teramat..

psst:Ajal Maut Jodoh Pertemuan ditangan Tuhan..:)

sumber:KOSMO ONLINE

saya,

READ MORE- Rasa bosan berisiko cepat mati??

Sunday, 7 November 2010

Cantiknya Lelaki...Hebatnya Wanita

Assalamualaikum....n greeting to all


terasa nak berkongsi sesuatu.....bila sering berjalan...terjumpa sesuatu yang membuat hati aku terpaut....CANTIKNYA LELAKI.....HEBATNYA WANITA



Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


Dan dimana Kegagahan Wanita???


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71


“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”


Saya,Yunz

READ MORE- Cantiknya Lelaki...Hebatnya Wanita

Saturday, 6 November 2010

Hati wanita

assalamualaikum n greeting to all...


"To understand the heart and mind of a person, look not at what he has already achieved, but at what he aspires to."


kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu
denganku jangan bermain kata
denganku takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.


Kenapa saya tertarik?
Hmm...kerana saya juga wanita. ;)

saya,Yunz
READ MORE- Hati wanita

Friday, 5 November 2010

aku benci Nightmares


Assalamualaikum and greeting to all,

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja



Ini lirik lagu. Ini bukan luahan hati. boleh kater 70% sjibik dengan life aku. Ini lirik lagu. Ini bukan luahan hati. Bukan. Lagu Faizal Tahir. Lagu yang dah berputar berjuta kali hari ini. Kalau mp3 pandai komplen, mesti dia dah teriak minta aku menjadi lebih bertimbangrasa. Kalau mp3 ada anggota, dah lama aku kena lempang sebab dah dekat seminggu si mp3 kena kerja keras putarkan lagu ini secara berulang-ulang. Kalau mp3 … ah, suka hati engkau lah mp3.


Engkau semua nak cuba dengar?

Dah dua kali dalam minggu ni, aku jumpa orang tu dalam mimpi. Sampai aku jadi tak keruan. Aku perlu mengambil masa sepurnama dua untuk memastikan samada mimpi itu tergolong sebagai mimpi ngeri ataupun mimpi indah. Bagi aku sepurnama dua. Bila aku sudah dapat jawapan, aku akan huraikan jawapan kepada soalan subjektif tiada markah ini.

Dah hampir setahun tahun berlalu.sekejap bukan. Pembohong besarlah kalau aku kata, ingatan aku langsung dah hilang tentang dia. Macam yang pernah aku beritahu dia dulu. Aku hanya boleh lupakan dia kalau aku sudah hilang ingatan sahaja. Bukan aku tak mau lupakan. Tapi mungkin sebab terlalu NAK lupakan, aku jadi bertambah ingat. Dulu-dulu, aku rajin berdoa supaya perasaan aku dipulihkan dan ingatan aku jadi kurang baik tentang dia. Mengingati dia buat aku rasa heart attack. Tapi makin doa, aku rasa makin dekat. Akhirnya aku buang segmen ‘doa untuk dia’ dari program doa-doaku. Kononnya nak membiarkan kuasa alam melupuskan semua ingatan.

Berjayakah kuasa alam?

Bolehlah…. Sekurang-kurangnya, aku tidak histeria lagi tentang dia.Aku tidak ingatkan dia hampir berbulan lamanya mungkin. Tapi tiba-tiba… dalam minggu ni sahaja, berkali sudah mukanya muncul beraksi. Aku sebenarnya sudah lupa sedikit raut wajahnya. Tapi mimpi tanpa kategori itu membuatkan aku ingat kembali senyum dia, mata dia (yang merupakan bahagian favorite aku pada dia), juga aku rasa terkesima kembali dengan senyum dia.’senyuman yang mencairkan hati-hati perempuan’. Aku pon perempuan yang pernah kecairan itu.

Kenapa dia perlu singgah dalam mimpi aku? BERKALI! Kalau sekali, aku rasa itu kebetulan. Tapi BERKALI, aku rasa… rasa… (sila lengkapkan ayat ini kalau sudi)

Ada orang kata, mungkin sebab aku rindukan dia sangat. Mungkin aku fikirkan dia sangat. aish boleh ke macam tu! Musim bunga dan musim panas sudah empat kali bertukaran. Lama sudah aku tidak main perasaan tentang dia. Lagipon, semuanya memang sudah plain. Aku pon sudah naik lupa hampir 40% tentang dia. Aku sudah lupa suara dia. Tapi mimpi tu… mimpi tu brengsek betul. Sekarang aku jadi ingat kembali suara dia.

Ya Allah. Ketika aku mengambil keputusan untuk bertemu dia dulu, aku memohon petunjukMU. Selepas bertemu juga, aku masih memohon petunjukMU. Sepanjang bersama dia dulu, aku sentiasa mohon petunjukMU. Sebab ada perasaan aneh-aneh yang aku rasa. Sebenarnya aku memang tak tahu apekah maksud perasaan itu. Sehingga kesilapan paling dasat dalam hidup aku..aku tinggalkan dia...kejam..ya aku memang kejam..dan akhirnya kekesalan menapak dihati menjerit memeberi tahu bahawa dia lah orangnya...ya dialah segalanya..waktu itu..hanya air yang bening yang mampu menemani aku

Sampai hari ni, aku masih tak boleh terima hakikat yang dia pernah muncul dalam hidup aku. Mungkin betul kot..Hanya seketika. Dia hanyalah satu mimpi.

Kerana sejarah sepatutnya dijadikan pedoman, bukan untuk diulang. Mimpi yang datang Berkali-kali tanpa dijemput-jemput tu membuatkan aku berfikir lagi dan lagi. Dia baik. Walaupon dia pergi tiba-tiba, waktu aku rasa dia tak akan pergi… dia tetap baik. Dalam mimpi pon dia muncul dengan watak baik.sejujurnya aku benci NIGHTMARES!!!

Semoga tidak ada mimpi episod 3. Sebab kalau mimpi episod 3 muncul, aku nak pergi redah Malaysia ni carik dia balik. AHAHA! Takut tak?..tahu akankah mustahil itu.sebab dia DAH LUPAKAN AKU....

TAMAT



"I don't lose sleep over what I have done or have nightmares about it"

saya,Yunzz




READ MORE- aku benci Nightmares

Tuesday, 2 November 2010

Kawan ketawa dan kawan menangis

Assalamualaikum and greeting to all
Di Antara Kawan Ketawa & Menangis..... Macam serius je bunyi entry ni... tapi takde la serius sangat pun...

Ramai antara kita di sini mempunyai kawan.... atau dengan kata lain sahabat... Saya tak tahu dari segi perspektif orang lain.... Tapi dari pandangan saya secara peribadi saya menganggap kawan dan sahabat adalah berbeza... Kawan adalah teman kita... maybe teman sepejabat... atau teman yang takde la rapat sangat... Tapi sahabat.... adalah person yang begitu rapat dengan kita... berkongsi cerita peribadi dan juga tempat meminta pandangan dan tempat meluahkan sesuatu yang tak dapat diluah pada orang yang lain.... Tapi kali ni... saya gunakan istilah kawan je la.... sebab ramai yg guna istilah tu... maka mudahlah sikit...

Kawan @ sahabat ni pelbagai jenis dan kategorinya.... Ada kawan yang "When need"... Maksudnya kawan yang hanya rapat dengan kita bila memerlukan pertolongan kita... Bila tidak perlukan kita..... jangan kata suara... agaknya bayang batang hidung pun susah nak nampak... Kawan macam ni... kawan ketawa bukan... kawan menangis pun bukan.... Jadi kalau ada kawan macam ni yang mencari kita di kala perlukan pertolongan kita... tolong je la dengan niat yang ikhlas... dan biar je la lepas tu dia hilang ke apa ke... Tak payah diungkit segala pertolongan yang pernah dihulur kepada dia.... Yang penting... kita dah laksanakan tugas kita membantu sesama Muslim...

Ada juga kawan yang waktu kita senang dan gembira.... sentiasa berada di sisi kita... Kadang-kadang tu macam belangkas dengan kita... Dengan kata lain kamcing gila la.... Kita ke hulu dia ada.... ke hilir pun dia ada juga... Setia bersama la senang kata.... Kawan macam ni... kadang-kadang bodeknya kuat juga... lagi-lagi la bila kita ni agak berduit dan masa tu lebat pulak poket kita tu... Memang pandai la senang cakap golongan-golongan ni menghidu bau duit dalam poket kita tu.... Kawan macam ni... kena hati-hati sikit.... Majoritinya masa kita senang je bersama dengan kita... di waktu kita berada dalam kesusahan @ kesempitan... bermacam-macam alasan yang diberikan..... Ini la orang kata kawan ketawa sahaja.... Kawan jenis macam ni.... kita kena hati-hati sikit la... (dah 2 kali cakap ni.. heheheheh)

Dan kawan yang lagi satu ni.... dia low profile.... Waktu kita senang... dia bersama dengan kita... tapi tidak la membodek macam golongan di atas.... Sebenarnya... kalau kawan yang jujur dan ikhlas berkawan dengan kita.... dia akan tegur salah dan silap kita... bukan asyik membodek je biarpun apa yang kita buat tu salah.... Ini la jenis kawan sejati... kawan yang sanggup bersama kita susah dan senang.... Kadang-kadang kawan macam ni kita sendiri yang abaikan... Waktu kita senang tak ingat pun kat member tu.... tapi bila time susah... masa nak mencari tempat mengadu tu... mula la teringat kat member ni... Dan member ni akan sentiasa bersama dengan kita... menghulurkan pertolongan pada kita setakat yang dia mampu... dan akan sentiasa menjadi pendengar yang setia....

Dalam hidup kita... kita akan menemui jenis-jenis kawan macam yang dinyatakan di atas... Dan masa tu... bergantung pada kita la apa yang patut kita buat dan kawan mana yang patut kita utamakan... Dan ketika ini... kadang-kadang kita tersalah pilih kawan dan haluan... Ye la... kawan yang membodek ni cakapnya manis betul.... mana tak cair... Tapi kawan sejati kita... akan cakap benda yang betul tentang kita... Ye la... kebenaran tu kadang-kadang pahit untuk diterima... Dan ketika ini la kita perlukan gunakan kebijaksanaan kita untuk menilai siapa yang ikhlas berkawan dengan kita...

Bagi saya pulak.... kawan "When need" pun saya ada... kawan ketawa je pun ada.... dan Alhamdulillah... saya punya kawan menangis.... Saya ada beberapa orang sahabat yang begitu memahami saya dan sanggup berusaha sedaya upaya untuk membantu saya di kala saya susah... Baik dari segala segi pun.... Dan saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana kawan-kawan menangis ini la yang banyak membantu saya dalam mengingati Allah SWT dan sentiasa takut pada Allah SWT... Kadang-kadang saya juga terleka dan terlalai... Alhamdulillah... kami sentiasa ingat mengingati.... Semoga ukhuwah yang terjalin kekal hingga ke akhir hayat.... Dan kepada sahabat-sahabat itu.... terima kasih kerana sudi menjadi sahabat kepada insan yang lemah ini.... Cewah.... sentimental pulak... :)

Jadi.... berhati-hatilah dalam memilih teman... Sesungguhnya teman yang sejati dan baik akhlaknya akan mendorong kita ke arah kebaikan... dan teman yang rosak dan buruk akhlaknya akan mendorong kita ke arah kejahatan... Jangan terlalu ego untuk mengakui betapa sebenarnya teman kita mempengaruhi akhlak dan peribadi kita.. Sebab sering kita dengar ayat-ayat... "Aku berkawan je dengan dia... takde ikut perangai dia tu"... atau ayat-ayat "Aku pandai jaga diri aku... dah ramai kawan aku... takde pun aku terpengaruh dengan perangai diorang tu".... Sebenarnya itu adalah kata-kata seorang yang mempunyai ego yang tinggi... Tak perlu kita nak menangkan ego kita tu... Takde dapat anugerah pun...

Sebab ramai cerdik pandai berkata... "Jika kamu ingin menjadi kaya... berkawan la dengan orang kaya... Jika kamu ingin menjadi pandai... berkawan la dengan orang yang pandai...."

Jadi... hakikat dan lumrah kita di dunia ini... kawan kita memang mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian kita.... Jadi... gunakanlah akal kita untuk menilai kawan yang terbaik untuk kita...

Ok... Sampai di sini sahaja dulu... Salah dan silap mohon dimaafkan... Sesungguhnya saya hanyalah insan kerdil yang lemah dan tidak dapat lari dari melakukan kesilapan....



saya,Yunz
READ MORE- Kawan ketawa dan kawan menangis

Saturday, 30 October 2010

Anak Mak yang dah BESAR

Assalamualikum... n greeting to all

hum.. malam ni penat.....siang tadi lapor diri..bia penat
tapi hati ni ingat kat mak jek..
mak..ni untuk mak tau..
orang tahu mak xtau blog tu ape..
mak tak tahu ape benda blog apetah lagi
internet segala bagai ni..
tapi orang buat ni untuk mak..

Mase balik kampung haritu

mase bru sampai umah tak hilang penat lagi,
orang keluarkan beg duit orang dari dalam poket..
tetibe orang terpandang gambar passport..
orang cakap
"mak nape muka orang da lain...orang da besar mak kan"
sambil gelak-gelak

tetibe mak cakap..
" aah..bila tah anak mak ni da besar"
"dulu kecik je..dari besar tapak kaki 3 jari skunk da besar panjang da boleh kawin da"
aq gelak
"mak ni nanti la dulu...orang nak keje dulu..orang nak cari duit tuk mak"
(sebak sangat)
dan sejak dari tu, orang tekad,
orang nk keje elok-elok
orang nk beli kete..nak beli rumah
sebab tu impian makkan...

mak cakap
"bia mak tak tinggi sekolah..tp mak nak anak-anak mak capai impian mak.."
"mak nak anak-anak mak berjaya"

orang terharu sangat tapi orang tahan airmata...
orang sayangkan mak...
orang tahu mak tak bace..

tapi orang nak mak tahu...
anak mak yang dah besar...
tapi orang tetap nak jadi anak yang kecil..
yang sentiasa rindukan kasih sayang dari mak..
orang rindu mak..
nak balik cium tangan mak..
pipi mak..
macam selalu..
orang da jauh dari mak..
tapi orang akan doakankesejahteraan mak dari jauh..
sayang mak sangat3...



anak mak,
saya,Yunz
READ MORE- Anak Mak yang dah BESAR

Monday, 20 September 2010

menulis=bercerita..

Assalamualaikum n greeting to all




Menulis??kenapa nak menulis??



ok meh jawab satu persatu....menulis tu memang makanan aku.. aku memang suka mengarang...pantun puisi sajak..tak semua tu tipu je aku tak pandai pun..juz apa yang aku tulis tu semua dari hati....kadang-kadang aq selalu berfikir..kadang tak sempat nak tangkap..sebab apa yang aku fikir tu hilang macam tu jea...sayang....sebab tu la aku menulis nie untuk aku mengajar diri aku untuk jadikan catatan sehebat seperti satu perisiwa yang boleh diabadikan dalam bentuk photo....


aku suka memerhati sekeliling..perasaan tu datang..bila tengok orang bergembira...terasa damai...bila tengok orang bersedih...hiba..dan bila terasa panas..maka keyboard nieyh la yang akan jadi tempat melepaskan segalanya.....dan ia seolah jalan cerita...dan cerita itu bermula dengan menulis...so tak hairan lah kalau aku nak katakan yang menulis ni terapi untuk kurangkan stress...kadang kiter tak tahu nak luahkan pada siapa...menulis..then insyaAllah raser yang membebankan itu akan berkurang tak banyak pun sikit tu mesti ada.


walau apapun aku kena menulis sebab otak aku sentiasa berfikir tak kira kat mana pun aku berada..even dalam bas kereta komuter...helikopter??bukan tu tak pernah lagi naik..kadang-kadang sebelum tidur pun aku boleh memikir lagi..berangan kowt...otak masih berjalan...dan bila lelap baru damai siotak ini bekerja...


aq teringt kawan aku pernah kata.."law bab-bab merapu nak wat assignment tu ko pass kat Yunz" so maknanya diorang faham yang aku memang suka mengarang..karang nie


menulis ni kena ada inspirasi..tak kesah la apa-apa pun..inspirasi tu banyak contohnya kiter admire someone..so benda tu kan jadi inspirasi kiter tu mewujudkan satu cerita...kiter admire or suka dengan blog yang lain..so kiter boleh ambil sikit informasi-informasi dari diorang untuk dijadikan cerita....


cerita...cerita...dan cerita....bila idea tu mencurah-curah macam air turun dari bukit...sampai adakalanya taknak berhenti....but benda tu x weird pun...sebab kadang-kadang otak jugak boleh jadi jem..sebab dah tak tahu apa nak ditulis nak luah apa...hati nak menulis tapi tersangkut sebab tak dapat cari point "tentang itu"..then lawatilah blog yang ader dengan walk bloging..~gotcha


Kita tahu kehidupan ini satu cerita....teruskan bercerita...mungkin cerita kau dan aku berbeza..tapi kita tetap ader yang parmenent.."asal usul".....dan perasaan yang sukar digambarkan....yang ingin aku kongsikan mungkin itu alasan kenapa aku menulis....so ketuk-ketuk la keyboard...:)

"write to be understood, speak to be heard, read to grow"

saya, Yunz
READ MORE- menulis=bercerita..