Friday 5 November 2010

aku benci Nightmares


Assalamualaikum and greeting to all,

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja



Ini lirik lagu. Ini bukan luahan hati. boleh kater 70% sjibik dengan life aku. Ini lirik lagu. Ini bukan luahan hati. Bukan. Lagu Faizal Tahir. Lagu yang dah berputar berjuta kali hari ini. Kalau mp3 pandai komplen, mesti dia dah teriak minta aku menjadi lebih bertimbangrasa. Kalau mp3 ada anggota, dah lama aku kena lempang sebab dah dekat seminggu si mp3 kena kerja keras putarkan lagu ini secara berulang-ulang. Kalau mp3 … ah, suka hati engkau lah mp3.


Engkau semua nak cuba dengar?

Dah dua kali dalam minggu ni, aku jumpa orang tu dalam mimpi. Sampai aku jadi tak keruan. Aku perlu mengambil masa sepurnama dua untuk memastikan samada mimpi itu tergolong sebagai mimpi ngeri ataupun mimpi indah. Bagi aku sepurnama dua. Bila aku sudah dapat jawapan, aku akan huraikan jawapan kepada soalan subjektif tiada markah ini.

Dah hampir setahun tahun berlalu.sekejap bukan. Pembohong besarlah kalau aku kata, ingatan aku langsung dah hilang tentang dia. Macam yang pernah aku beritahu dia dulu. Aku hanya boleh lupakan dia kalau aku sudah hilang ingatan sahaja. Bukan aku tak mau lupakan. Tapi mungkin sebab terlalu NAK lupakan, aku jadi bertambah ingat. Dulu-dulu, aku rajin berdoa supaya perasaan aku dipulihkan dan ingatan aku jadi kurang baik tentang dia. Mengingati dia buat aku rasa heart attack. Tapi makin doa, aku rasa makin dekat. Akhirnya aku buang segmen ‘doa untuk dia’ dari program doa-doaku. Kononnya nak membiarkan kuasa alam melupuskan semua ingatan.

Berjayakah kuasa alam?

Bolehlah…. Sekurang-kurangnya, aku tidak histeria lagi tentang dia.Aku tidak ingatkan dia hampir berbulan lamanya mungkin. Tapi tiba-tiba… dalam minggu ni sahaja, berkali sudah mukanya muncul beraksi. Aku sebenarnya sudah lupa sedikit raut wajahnya. Tapi mimpi tanpa kategori itu membuatkan aku ingat kembali senyum dia, mata dia (yang merupakan bahagian favorite aku pada dia), juga aku rasa terkesima kembali dengan senyum dia.’senyuman yang mencairkan hati-hati perempuan’. Aku pon perempuan yang pernah kecairan itu.

Kenapa dia perlu singgah dalam mimpi aku? BERKALI! Kalau sekali, aku rasa itu kebetulan. Tapi BERKALI, aku rasa… rasa… (sila lengkapkan ayat ini kalau sudi)

Ada orang kata, mungkin sebab aku rindukan dia sangat. Mungkin aku fikirkan dia sangat. aish boleh ke macam tu! Musim bunga dan musim panas sudah empat kali bertukaran. Lama sudah aku tidak main perasaan tentang dia. Lagipon, semuanya memang sudah plain. Aku pon sudah naik lupa hampir 40% tentang dia. Aku sudah lupa suara dia. Tapi mimpi tu… mimpi tu brengsek betul. Sekarang aku jadi ingat kembali suara dia.

Ya Allah. Ketika aku mengambil keputusan untuk bertemu dia dulu, aku memohon petunjukMU. Selepas bertemu juga, aku masih memohon petunjukMU. Sepanjang bersama dia dulu, aku sentiasa mohon petunjukMU. Sebab ada perasaan aneh-aneh yang aku rasa. Sebenarnya aku memang tak tahu apekah maksud perasaan itu. Sehingga kesilapan paling dasat dalam hidup aku..aku tinggalkan dia...kejam..ya aku memang kejam..dan akhirnya kekesalan menapak dihati menjerit memeberi tahu bahawa dia lah orangnya...ya dialah segalanya..waktu itu..hanya air yang bening yang mampu menemani aku

Sampai hari ni, aku masih tak boleh terima hakikat yang dia pernah muncul dalam hidup aku. Mungkin betul kot..Hanya seketika. Dia hanyalah satu mimpi.

Kerana sejarah sepatutnya dijadikan pedoman, bukan untuk diulang. Mimpi yang datang Berkali-kali tanpa dijemput-jemput tu membuatkan aku berfikir lagi dan lagi. Dia baik. Walaupon dia pergi tiba-tiba, waktu aku rasa dia tak akan pergi… dia tetap baik. Dalam mimpi pon dia muncul dengan watak baik.sejujurnya aku benci NIGHTMARES!!!

Semoga tidak ada mimpi episod 3. Sebab kalau mimpi episod 3 muncul, aku nak pergi redah Malaysia ni carik dia balik. AHAHA! Takut tak?..tahu akankah mustahil itu.sebab dia DAH LUPAKAN AKU....

TAMAT



"I don't lose sleep over what I have done or have nightmares about it"

saya,Yunzz




0 Komen Mengomen:

Post a Comment